Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2017 Online

Semakan Keputusan Tawaran SBP 2017 Tingkatan 4 Online. Perhatian buat pemohon murid PT3 Tingkatan 3 yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP 2017 Tingkatan 4. Menerusi makluman KPM, semakan keputusan tawaran ambilan 1 dan permohonan erayuan boleh di buat bermula 20 Januari hingga 5 Februari 2017. Semakan SBP Tingkatan 4 2017 boleh disemak secara online.

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2017 Online

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2017 Online

Keputusan SBP Tingkatan 4 boleh disemak bermula 20 Januari hingga 5 Februari 2017. Klik appliaksi Semakan keputusan Tingkatan 4 Online SBP.

  • Klik Tingkatan 4 SBP
  • Sila Masukkan No. MyKad dan Angka Giliran PT3 2016 dan Klik Butang Semakan
  • Pastikan maklumat NO. MYKAD dan ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran PT3 calon.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut.

ARAHAN KEPADA PEMOHON YANG BERJAYA

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Bahagian ini berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.

Permohonan e-Rayuan SBP 2017

Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.

Nota : Murid yang gagal/tidak membuat permohonan secara online pada tarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya?

Makluman, murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama. Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua sekiranya membuat e-Rayuan secara online. Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman penawaran kepada murid yang berjaya.

Cara Mengisi Permohonan e-Rayuan secara online Dan Cara Menyemak e-Rayuan

1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:

Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my
Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
Masukkan angka giliran UPSR/PBS
Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
Klik pada e-rayuan
Hantar.

2. Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:

Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my
Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
Masukkan angka giliran UPSR/PBS
Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
Klik pada e-rayuan
Hantar

Didoakan semoga pemohon pelajar PT3 berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SBP 2017 kali ini.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*