Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2018 Online

Semakan Serlahan Seni Dan Keputusan Sekolah Seni Malaysia (SSM) 2018 Online. Bilakah tarikh semakan Sesi Serlahan Seni dan Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2018? Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan semakan permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) sesi pengambilan 2018 Tingkatan 1 yang merangkumi semakan sesi serlahan seni dan semakan keputusan tawaran. Pemohon perlu Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat yang merupakan salah satu syarat kemasukan.

Tarikh rasmi keputusan permohonan ke Sekolah Seni Malaysia 2018 akan diumumkan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di ruangan bahagian pemberitahuan. Pelajar adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi KPM dari masa kesemasa dalam mendapatkan tarikh rasmi semakan keputusan diumumkan.

Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2018 Online

Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2018 Secara Online

Permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia telah dibuka pada 3 April sehingga 15 September 2017 yang lalu. Menerusi makluman terkini yang dikongsikan dari Portal Rasmi KPM, semakan Sesi Serlahan Seni Permohonan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2018 boleh dibuat mulai 5 Oktober 2017.  Semakan boleh dibuat secara online seperti berikut :-

Semakan Sesi Serlahan Seni

  • Tarikh semakan : Mulai 5 Oktober 2017 mulai jam 200 petang
  • Applikasi Semakan : Sila klik essem
  • No telefon pertanyaan : 03-8872 1620

Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan

Pemohon yang telah membuat permohonan boleh membuat Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2018 Online (Tingkatan 1) seperti berikut :-

Tarikh semakan akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari KPM

  • Tarikh Semakan rasmi: (Akan dikemaskini). Tahun lepas pada 15  hingga 31 Disember 2016
  • Applikasi Semakan : essem

Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) Tingkatan 1 tahun 2018. Semoga anda terus berjaya dalam bidang pengajian yang diceburi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*