Cara Semak Keputusan Tawaran SMKA Perak 2018 Online. Perhatian buat pelajar Darjah 6 (UPSR) yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama (SMKA) Negeri Perak tahun 2018 untuk kemasukan Tingkatan 1. Semakan Keputusan SMKA Perak 2018 untuk kemasukan boleh disemak secara online pada * akan dikemaskini (Tahun lepas pada 20 Disember 2016 (Hari Selasa)).
Semua keputusan kelayakan ke SMKA akan diumumkan di Porta Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Pemohon Sekolah Menengah Kebangsan Agama yang berjaya perlu membuat cetakan surat tawaran. Pemohon yang gagal pula boleh membuat permohonan e-rayuan.
Cara Semak Keputusan Tawaran SMKA Perak 2018 Online
Berikut dikongsikan maklumat Semakan Keputusan SMKA Perak 2018 Online. Pada tahun 2018, syarat kemasukan murid Tingkatan 1 ke semua SMKA telah dibuat penambahbaikan iaitu menduduki dan lulus ujian bertulis Jawi. Keputusan kemasukan akan diumumkan selepas tamatnya Ujian (Bertulis Jawi), Ujian Temuduga, Lisan Tilawah dan Hafazan seperti yang dikongsikan di bawah ini.
Semakan Keputusan SMKA Perak Tahun 2018 Secara Online
- Tarikh Semakan : Akan dikemaskini
- Applikasi Semakan Klik SEMAK SMKA Perak 2018
- Masukkan Angka Giliran UPSR untuk menyemak
Kepada pemohon yang berjaya, sila buat Cetakan SURAT TAWARAN yang memerlukan perisian Adobe Acrobat Reader 9.0 ke atas.
A. Tarikh Ujian Saringan (Bertulis Jawi) Dan Temuduga Lisan
Berikut adalah tarikh baru Ujian Saringan (Bertulis Jawi) Dan Temuduga Lisan untuk semua sekolah yang terlibat :-
- Tarikh : 18 Disember 2017 (Isnin)
- Masa : 900 hingga 1030 pagi
Semakan keputusan kelayakan menduduki Ujian Bertulis Jawi boleh disemak pada 14 Disember 2017 (Khamis). Applikasi semakan adalah di http://jpnperak.moe.gov.my/semakansmka/ (Sama seperti link semakan diatas). Calon diminta membawa alat tulis, slip kelayakan menduduki ujian dan memakai pakaian rasmi Sekolah Kebangsaan.
B. Ujian Temuduga, Lisan Tilawah Dan Hafazan
Murid yang memohon kemasukan ke SMKA Kerian (TMUA) akan menduduki Ujian Temuduga, Lisan Tilawah dan Hafazan. Temuduga akan dilaksanakan seperti berikut :-
- Tarikh : 26 Disember 2017 (Selasa)
- Masa : 800 pagi
- Tempat : SMKA Kerian
Keputusan murid yang layak bagi Temuduga Ujian Lisan SMKA Kerian Tahfiz Model Ulul Albab akan dimaklumkan pada 21 Disember 2017 (Khamis) pada jam 1000 pagi. Semakan boleh dibuat pada applikasi semakan yang sama.
Makluman Penempatan Murid Tingkatan 1 SMKA Perak 2018
Untuk tahun 2018, akan dikemaskini. Maklumat dibawah adalah untuk tahun 2017.
- SMKA KERIAN
Jalan Kampung Selamat
34400 Simpang Empat
Semanggol
Perak Darul Ridzuan
No Tel : 05-8904997 - SMKA SULTAN AZLAN SHAH
Seri Iskandar
32600 Bota
Perak Darul Ridzuan
No Tel : 05-3711689 - SMKA SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan
No Tel : 05-4527213
Peringatan Kepada Calon Berjaya (Cetak tawaran)
Tahniah kepada pemohon yang berjaya. Sila rujuk peringatan dibawah untuk panduan selanjutnya.
- Murid atau pelajar yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan
- Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran
- Sekiranya maklumat tidak lengkap / tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan / menolak pendaftaran tersebut
- Tawaran kepada calon berjaya adalah muktamad.
- Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama lain dan aliran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan
Permohonan E-Rayuan
- Pemohon yang gagal boleh membuat rayuan dimana Sistem aplikasi e-Rayuan akan dibuka bermula pada tarikh pengumuman keputusan ke SMKA ambilan pertama.
- Permohonan e- Rayuan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem aplikasi semakan yang sama
Bagi calon SMKA Kerian Tahfiz Model Ulul Albab boleh membuat rayuan secara manual kepada :
Ketua Sektor Pendidikan Islam
Tingkat 14, Bangunan Maybank Trust
Jalan Tun Sambanthan
30000 Ipoh Perak
No Tel : 05-2414000
No Faks : 05-2424484
Untuk makluman, sistem aplikasi e-Rayuan akan ditutup pada * Akan dikemaskini (Tahun lepas pada 5 Januari 2017). Tahniah kepada pemohon yang berjaya dalam permohonan SMKA Perak tahun 2018. Kepada yang gagal, sila buat rayuan mengikut tempoh yang ditetapkan.