Semakan Keputusan Temuduga Separa Perubatan 2017

Semakan Keputusan Temuduga Latihan Separa Perubatan Januari 2017 Online. Perhatian kepada pemohon yang telah menduduki sesi temuduga Latihan Separa Perubatan sesi Januari 2017. Dikongsikan dari Portal Rasmi SPA, semakan keputusan temuduga Separa Perubatan kini boleh disemak secara online. Untuk makluman, calon yang berminat dengan Latihan Separa Perubatan perlu membuat permohonan melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i.). Tahniah kepada yang berjaya.

Semakan Keputusan Temuduga Separa Perubatan 2017
Semakan Keputusan Temuduga Separa Perubatan Januari 2017

Semakan Keputusan Temuduga Separa Perubatan 2017

Untuk pemohon semua, berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan temuduga Latihan Separa Perubatan ambilan sesi Januari 2017.

  1. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Januari 2017 : Klik    SARAWAK
  2. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Januari 2017 : Klik     SEMENANJUNG
  3. Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan) Sesi Januari 2017 : Klik    SABAH

Latihan Separa Perubatan adalah program yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) buat lulusan SPM yang berusia 17 hingga 25 tahun. Program Peringkat Diploma adalah selama 3 tahun manakala Peringkat Sijil pula ditawarkan selama 2 tahun. 

Pengambilan Latihan Separa Perubatan SPA

Permohonan atau pengambilan calon Latihan Separa Perubatan akan dibuat sebanyak 2 kali setiap tahun iaitu pada sesi Januari dan Julai. Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon adalah dikehendaki untuk mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut. 

Sebanyak 13 latihan disediakan untuk program Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil.  Berikut adalah program latihan yang ditawarkan :-

  1. Latihan Jururawat
  2. Latihan Jurupulih Perubatan Anggota
  3. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  4. Latihan Jururawat Pergigian
  5. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  6. Latihan Juruteknologi Pergigian
  7. Latihan Juru X-Ray
  8. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  9. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  11. Latihan Jururawat Masyarakat
  12. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  13. Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dalam sesi temuduga Latihan Separa Perubatan SPA. Cuba lagi buat mereka yang gagal dalam sesi pengambilan kali ini.

SEE ALSO  Permohonan Program Khas JPA MARA 2017 Online

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*