Semakan Keputusan UKCG 2017 Online IPG

Semakan Nama Calon Menduduki UKCG 2017 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Panduan buat pemohon yang ada membuat permohonan kemasukan ke  IPG 2017 (dahulunya Maktab Perguruan). Menurut Kalendar PISMP 2017, satu ujian yang dipanggil Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) akan diadakan sekitar April 2017 nanti.

UKCG diadakan bagi menapis pemohon sebelum pemohon layak dipanggil ke temuduga IPG. Berikut dikongsikan tarikh Semakan Semakan Keputusan UKCG 2017 merangkumi nama terpilih, tarikh dan ujian diadakan.

Semakan Keputusan UKCG 2017 Online IPG

Cara Buat Semakan Keputusan UKCG 2017 Online IPG

Nama calon yang berjaya untuk menduduki UKCG boleh disemak mengikut ketetapan berikut :-

  • Tarikh Semakan UKCG : 4 April 2017 sehingga 14 April 2017
  • UKCG akan dijalankan dari 9 hingga 21 April 2017

Calon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi dari KPM di Aplikasi Berkala/ Pemberitahuan Portal KPM.
Nama calon yang berjaya untuk menduduki UKCG boleh di semak di :-

  • Applikasi semakan di PISMP 2017
  • Isi No Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Tekan button SEMAK
SEE ALSO  Pendaftaran MUET November 2017 Online

Makluman Penting Permohonan IPG 2017

Berikut adalah makluman dan perhatian penting yang dikongsikan dari Applikasi permohonan IPG 2017.

1. Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak untuk dipanggil temu duga.

2. UJIAN KELAYAKAN CALON GURU

UKCG terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :

A. SESI UJIAN BERTULIS.

  •  Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

B. SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

  • Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
  • Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
  • Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan
SEE ALSO  Semakan Penyata Gaji Online Kakitangan Awam

C. SESI UJIAN AMALI

  • Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi UKCG.

3. SESI TEMU DUGA

  • Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga.
  • Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.

4. PEMILIHAN

  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

5. PENDAFTARAN

Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan):

  • Tarikh pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah pada 10 Julai 2017.

6. Calon yang telah menduduki UKCG/temu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.

SEE ALSO  Kadar Dividen KWSP 2016 EPF Terkini

7. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan.

8. Calon perlu mencetak surat panggilan UKCG, temu duga dan tawaran (sementara) dalam permohonan online. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri UKCG dan temu duga adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.

9. PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

  • Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Selamat memohon PISMP 2017 online. Semoga anda semua berjaya dalam semakan keputusan UKCG 2017. Tahniah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*