Semakan Panggilan Temuduga IPG 2018 Online

Semakan Nama Layak Panggilan Temuduga IPG 2018 Online. Perhatian buat pemohon kemasukan ke IPG 2018. Anda selangkah lagi sebelum diterima memasuki Program PISMP 2018 di IPG. Terdapat beberapa peringkat yang perlu ditempuhi  oleh seseorang pemohon sebelum dapat diterima masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dahulunya Maktab Perguruan. Yang terkini adalah Semakan Panggilan Temuduga IPG 2018 Online.

Nama pemohon yang berjaya dipanggil untuk temuduga IPG boleh di semak selepas tamatnya Ujian kelayakan Calon Guru atau UKCG diadakan.

Semakan Panggilan Temuduga IPG 2018 Online (Nama Yang Layak)

Merujuk kepada Kalendar Aktiviti IPG tahun 2018, tarikh semakan nama yang berjaya di panggil temuduga dijangka boleh di semak secara online pada 9 Mei 2018. Pemohon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada Portal Rasmi KPM di ruangan pemberitahuan untuk maklumat terkini permohonan.

Pemohon boleh merujuk kepada Panduan Temuduga IPG dalam mendapatkan tip-tips semasa menghadiri temuduga

Tarikh Penting Semakan Nama Panggilan Temuduga IPG 2018

Menurut Kalendar Aktiviti IPG 2018, berikut dikongsikan tarikh penting semakan panggilan temuduga IPG tahun 2018.

  • Tarikh semakan nama yang berjaya di panggil temuduga : mulai 9 Mei hingga 15 Mei 2018
  • Date temuduga : 13 hingga 18 Mei 2018

Nota : Tarikh rasmi dan link semakan akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman rasmi dari KPM.

Sebagai rujukan, berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting sebelum dan selepas panggilan Temuduga diadakan :-

A. Tarikh Permohonan Ditutup

  • 28 Mac 2018 (11.59 malam) – Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)

B. Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

  • 9 hingga 17 April 2018 – Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
  • April 2018 – Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

C. Temuduga IPG 2018

  • 9 Mei hingga 15 Mei 2018 – Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
  • 13 hingga 18 Mei 2018 – Pelaksanaan Sesi temuduga. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/Kokurikulum)

Semakan IPG 2018 (Calon Berjaya) Dan Tarikh Pendaftaran

  • 13 Jun hingga 24 Jun 2018 – Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2018. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.
  • 26 Jun 2018 – Pendaftaran calon di IPG

Selamat membuat semakan panggilan temuduga IPG 2018. Tahniah kepada mereka yang berjaya untuk dipanggil untuk temuduga IPG. Semoga anda berjaya ditawarakan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Guru di IPG nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*