Semua Calon Presiden FAM Tidak Layak – Velappan

Senarai Pencalonan Presiden FAM 2017. Mungkin peminat bolasepak yang setuju dan tidak bersetuju dengan pandangan tokoh bola sepak negara Datuk Peter Velappan. “”Semua Calon Presiden FAM Tidak Layak “. Dikongsikan dari Utusan Malaysia, beliau menyifatkan tiada seorang pun daripada individu yang mendapat pencalonan bagi merebut kerusi No. 1 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) layak untuk bertanding.

Semua Calon Presiden FAM Tidak Layak

Semua Calon Presiden FAM Tidak Layak – Velappan

Datuk Peter Velappan, iaitu bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berkata, FAM sepatutnya ditadbir golongan yang bukan terdiri daripada ahli politik dan kerabat diraja, selain turut mempersoalkan apakah tujuan mereka untuk memimpin badan induk tersebut.

“Jika dikaji kedudukan bola sepak negara sudah bertukar secara keseluruhan yang mana kita tidak mahu ahli politik dan kerabat diraja sebaliknya kita mahun golongan profesional dalam sukan tersebut.

“Sewaktu zaman saya Tunku Abdul Rahman dikecualikan kerana beliau seorang peminat bola sepak tegar dan sedia menggalas tanggungjawab secara beramai-ramai. Tidak seperti sekarang.

“Saya mahu tanya, apa tujuan mereka mahu menjadi presiden? Pada pandangan saya, tiada seorang pun dalam kalangan mereka patut dipilih sebagai presiden. Bagi saya, presiden sewajarnya dipilih dalam kalangan rakyat biasa.

“Ini kerana saya lihat sejak 15 tahun kebelakangan ini semua ahli politik terlibat dalam persatuan bukan bola sepak. Itu membunuh pembangunan sukan. Bagi kepada orang yang sepatutnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam FAM menerima empat pencalonan bagi jawatan presiden diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa serta Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.

Maklumat Pemilihan Presiden FAM 2017

  • Tarikh Pemilihan : 25 Mac 2017
  • Tarikh Tutup Pengesahan Pencalonan : 13 Februari 2017
  • Kelayakan Untuk Mengundi : 20 Ahli Gabungan
  • Jumlah Undi : Setiap ahli ada dua undi, kecuali Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia yang mempunyai 1 undi
SEE ALSO  Senarai Harga Barang Kawalan CNY 2017 Tahun Baru Cina

Utusan Malaysia difahamkan, Khairy mengetuai senarai dengan menerima 12 pencalonan, diikuti Tunku Ismail, lima.

Semua calon diminta mengesahkan pendirian mereka sama ada mahu bertanding atau tidak sebelum 13 Februari.

Velappan, 81, yang pernah menyandang jawatan Penolong Setiausaha FAM dan menjadi pengurus skuad kebangsaan yang layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich bagaimanapun tidak menyatakan siapakah calon yang difikirkan layak mengisi kerusi panas itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*