Senarai Hari Kelepasan Am Negeri Johor 2017. Berikut dikongsikan Senarai Cuti Umum Johor 2017 atau lebih dikenali sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Johor tahun 2017. Untuk makluman, cuti mingguan Johor termasuk cuti sekolah adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Tarikh cuti umum adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa.

Senarai Cuti Umum Johor 2017 (Hari Kelepasan Am Johor)
Berikut dikongsikan maklumat penting berkenaan dengan hari kelepasan am Negeri Johor untuk tahun 2017. Jadual cuti umum ini mengandungi jenis hari kelepasan am, tarikh dan hari.
Hari Kelepasan Am |
Tarikh |
Hari |
---|---|---|
Tahun Baru Cina | 28 & 29 Januari | Sabtu & Ahad. Isnin adalah cuti umum |
Hari Thaipusam ** | 9 Februari | Khamis |
Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Johor ** | 23 Mac | Khamis |
Hari Pekerja | 1 Mei | Isnin |
Hari Wesak | 10 Mei | Rabu |
Awal Ramadhan * | 27 Mei | Sabtu |
Hari Keputeraan Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong | 3 Jun | Sabtu |
Hari Raya Puasa * | 25 & 26 Jun | Ahad & Isnin |
Hari Kebangsaan | 31 Ogos | Khamis |
Hari Raya Haji (Hari Raya Qurban) 1438H * | 1 September | Jumaat. Ahad adalah cuti umum |
Hari Malaysia | 16 September | Sabtu |
Awal Muharram (Maal Hijrah) 1439H | 21 September | Khamis |
Hari Deepavali * | 18 Oktober | Rabu |
Hol Almarhum Sultan Iskandar ** | 26 Oktober | Khamis |
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) | 1 Disember | Jumaat. Ahad adalah cuti umum |
Hari Krismas | 25 Disember | Isnin |
Nota
- Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
- Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.
Nampaknya, kebanyakkan cuti jatuh pada hari Khamis. Oleh itu, penduduk Johor mempunyai tempoh cuti hujung minggu yang panjang. Jika anda ada merancang ke negara jiran bersebelahan iaitu Singapura, anda boleh merujuk tarikh cuti umum dan sekolah di Singapura 2017.
Semoga Jadual Cuti Umum Negeri Johor 2017 ini akan memudahkan lagi perancangan anda seisi keluarga. Selain itu tarikh cuti ini boleh membantu anda dalam memilih destinasi pelancongan, menempah hotel dan sebagainya pada tarikh yang bersesuaian.