Senarai Pemain Selangor 2017 Skuad The Red Giants

Senarai Rasmi Pemain Selangor 2017. Gergasi bolasepak Malaysia iaitu pasukan Selangor akan beraksi di Liga Super 2017. Skuad pasukan Merah Kuning kendalian jurulatih, P.Maniam telah mempersiapkan pasukan dengan ramai pemain muda susulan penghijrahan pemain ternama ke pasukan lain dalam musim perpindahan pemain 2017. Juara Piala Malaysia 2015 ini bakal diketuai oleh kapten, Razman Roslan dan pemain import, Francis Forkey Doe. Berikut adalah Senarai Pemain Selangor 2017 Skuad Merah Kuning buat panduan peminat pasukan Selangor.

Senarai Pemain Selangor 2017

Senarai Pemain Selangor 2017 The Red Giants

Selangor merupakan sebuah pasukan yang paling berjaya di Malaysia. Dengan gelaran Selangor – ‘The Red Giants’, pasukan ini mampu untuk bersaing dengan pasukan hebat lain. Antaranya adalah pasukan JDT, Felda United, Pahang dan Perak dalam merebut gelaran Juara Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA.

SEE ALSO  Keputusan Piala FA 2017 Malaysia Dan Jadual Perlawanan

Berikut adalah Senarai Pemain Selangor atau Skuad Rasmi Pemain Selangor FA untuk musim Liga Malaysoa 2017. Jadual perlawanan Liga Super 2017 melibatkan pasukan Selangor boleh dirujuk di JADUAL PERLAWANAN.

PENJAGA GOL (GOAL KEEPER)

  • 1. Khairul Azhan Khalid
  • 2. Norazlan Razali
  • 3. Zarif Irfan Hashimuddin

PERTAHANAN (DEFENDER)

  • 4. Mohd Razman Roslan (Kapten)
  • 5. Arunasalam Namathevan
  • 6. Kannan Kalaiselvan
  • 7. Mohd Bunyamin Umar
  • 8. Mohd Raimi Mohd Nor
  • 9. Rizal Fahmi Rosid
  • 10. Ugo Ukah (IMPORT)

TENGAH (MIDFIELD)

  • 11. Abdul Halim Zainal
  • 12. K. Satish
  • 13. Muhammad Amirul Ashraf
  • 14. Saiful Ridzuwan Selamat
  • 15. Muhd Faizzudin Muhd Abidin
  • 16. K. Sarkunan
  • 17. Muhd Syahmi Safari
  • 18. S. Veenod
  • 19. Mohd Fitri Shazwan Raduwan
  • 20. Fairuz Abdul Aziz
  • 21. Juliano Mineiro (IMPORT KOUTA ASIA)
  • 22. Victoraș Astafei (IMPORT)
SEE ALSO  Harga Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini

PENYERANG (FORWARD)

  • 23. Adam Nor Azlin
  • 24. Francis Forkey Doe (IMPORT)
  • 25. Badrul Amin Rusalan
  • 26. Mohd Afiq Azmi
  • 27. Nurshamil Abd Ghani (Pinjaman dari Melaka United)

Diharapkan senarai pemain Selangor 2017 ini mampu mengembalikan kegemilangan bolasepak Selangor pada tahun-tahun terdahulu. Selamat berjuang buat pemain Selangor FA 2017, semoga anda berjaya menjulang piala musim ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*