Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 2016

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim 3 Tahun 2016. Siapakah peserta Gegar Vaganza 3 2016? Program realiti hiburan popular, Gegar Vaganza (GV3) bakal kembali lagi untuk musim ketiga tahun 2016. Gegar Vaganza 3 akan mula bersiaran dari 16 Oktober 2016 selama 8 minggu bermula jam 900 malam dari Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 2016
Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 2016

Peserta Gegar Vaganza 3 2016

Gegar Vaganza 3 2016 akan disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Ianya akan menampilkan 12 penyanyi (6 lelaki dan 6 wanita) yang pernah popular sewaktu masa dulu. Mereka yang berjaya mengelak dari penyingkiran mingguan akan bersaing setiap minggu hingga peringkat akhir untuk bergelar juara.

Berikut adalah Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 2016 dengan penyertaan seramai 12 artis iaitu 6 lelaki dan 6 wanita. Juara musim pertama Gegar Vaganza adalah Ayai, Ilusi. Juara musim kedua pada tahun 2015 pula adalah Siti Nordiana.

Peserta Lelaki

  1. Ameng Spring
  2. Gmie Screen
  3. Razis Ismail
  4. Rem
  5. Shidi Data
  6. Zarul Umbrella

Peserta Wanita

  1. Azharina Azhar
  2. Elly Mazlein
  3. Intan Sarafina
  4. Nora
  5. Siti Sarah
  6. Zur Eda

Berikut disenaraikan senarai hos, juri tetap dan jumlah hadiah untuk pemenang Gegar Vaganza 3 2016.

Hos/ Pengacara GV3

  1. Nabil Ahmad
  2. Jihan Muse

Juri Profesional Tetap

  1. Datuk Ramli MS
  2. Datuk Khatijah Ibrahim

Hadiah Untuk Pemenang Gegar Vaganza 3

  1. Juara : RM100,000
  2. Naib Juara : RM50,000
  3. Ketiga : RM30,000
  4. Keempat : RM15,000
  5. Kelima : RM10,000
  6. Keenam : RM5,000

Siapakah artis pilihan anda untuk menjadi juara Gegar Vaganza 3 2016? Nantikan Konsert mingguan Gegar Vaganza secara langsung di Astro bermula 16 Oktober 2016.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*