Senarai Peserta Pencetus Ummah 2016 Astro

Senarai Peserta Pencetus Ummah (PU) 2016. Pencetus Ummah (PU) akan kembali lagi bersiaran di saluran Astro Oktober ini. PU 2016 musim keempat adalah sebuah program realiti Islamik yang mencari penceramah yang ‘versatile’ dan menarik. Mimbar Pencetus Ummah akan mula bersiaran bermula dari 27 Oktober 2016 (Khamis) secara langsung pada setiap hari Khamis 9.00 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135). Siapakah peserta PU 2016 musim keempat? Berikut dikongsikan Senarai Peserta Pencetus Ummah 2016 Astro untuk panduan peminat rancangan ini.

Senarai Peserta Pencetus Ummah 2016 AstroSenarai Peserta Pencetus Ummah 2016 Astro (PU 2016)

Senarai 9 peserta Pencetus Ummah 2016 akan bertanding pada musim keempat tahun 2016. Mereka telah dipilih pada sesi ujibakat yang telah diadakan pada bulan Ogos yang lalu di 4 lokasi sekitar Malaysia. Peserta paling senior adalah berumur 41 tahun manakala yang paling muda berusia 20 tahun. Berikut adalah senarai peserta Pencetus Ummah 2016 Astro:-

  1. Abdul Latif Yahaya : 31 tahun : (LATIF)
  2. Akram Ikram Taib Azamudden : 27 tahun (AKRAM)
  3. Mohd Affendi Mohamed Nor : 34 tahun (FENDI)
  4. Mohamad Faris Abu Bak : 20 tahun (FARIS)
  5. Muhammad Haris Mohd Ismail : 21 tahun (HARIS)
  6. Nor Hamizi Jamaluddin : 41 tahun (MIZI)
  7. Raihan Husni : 26 tahun (RAIHAN)
  8. Muhammad Rozi Harun : 28 tahun (ROZI)
  9. Zulkornain Md Rejab : 41 tahun (ZUL)

Maklumat ringkas rancangan Pencetus Ummah 2016 yang merangkumi hos rancangan, juri dan hadiah dikongsikan seperti berikut.

Pengacara Mimbar Pencetus Ummah 2016

  1. PU Azman
  2. Faizal Ismail (FBI)

Mudir 

  • Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin

Guru Persembahan

  • Fauziah Nawi 

Juri Tetap

  • Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza)
  • Fara Fauzana

Format Pemarkahan

  • 70 % Juri
  • 30 % Undian SMS penonton

Penaja

  • Koki Pak Belalang – Penaja Utama
  • Serai Emas – Penaja Bersama

Hadiah

  • Juara : Wang Tunai RM100,000 dan trofi
  • Kedua : Wang Tunai RM30,000 dan trofi  
  • Ketiga : Wang Tunai RM20,000 dan trofi  
  • Keempat : Wang Tunai RM10,000 dan trofi   

Untuk maklumat lanjut serta update terkini beserta persembahan video mengenai Pencetus Ummah 2016 ini, anda boleh layari laman FB di https://www.facebook.com/PencetusUmmah

Selamat menonton Pencetus Ummah 2016 Musim 4 di Astro Oktober nanti. Semoga anda berpuas hati dengan aksi para peserta kali ini.

SEE ALSO  Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Kelantan 2017

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*