Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2016

Super Spontan Superstar 2016 Astro. Anda peminat rancangan komedi di TV? Berita baik buat anda apabila Program Realiti Komedi Popular iaitu Super Spontan Superstar musim baru akan kembali menemui penonton di saluran Astro awal Ogos nanti. Super Spontan Superstar 2016 akan menampilkan 16 orang selebriti meliputi pelawak popular dan personaliti media sosial. Berikut adalah Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2016 untuk panduan semua.

Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2016
Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2016

Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2016

Rancangan Super Spontan Superstar akan bersiaran pada setiap hari Jumaat selama 10 minggu, pada pukul 10 malam secara eksklusif di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Ianya akan bersiaran secara langsung dari Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (UPM), Serdang, Selangor.

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai Super Spontan Superstar 2016:-

  • Hos : Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak
  • Komentator : Afdlin Shauki dan seorang selebriti jemputan pada setiap minggu
  • Format pemarkahan : Undian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton dan menerusi laman web rasmi www.superspontan.com.my

Senarai Peserta Super Spontan Superstar yang akan beraksi musim ini dan dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan 8 orang setiap kumpulan adalah seperti berikut :-

[button color=”” size=”” type=”3d” target=”” link=””]1. Harimau Hipster[/button]

  1. Tauke Raja Lawak (Ketua Kumpulan)
  2. Abam Bocey
  3. Fad Bocey
  4. Ozlynn
  5. Jamal
  6. Syuk Joras
  7. Waris
  8. Zulin Aziz

[button color=”” size=”” type=”3d” target=”” link=””]2. Monyet Mafia[/button]

  1. Johan Raja Lawak (Ketua Kumpulan)
  2. Achey Bocey
  3. Ali Puteh
  4. Altimet
  5. Amyza Adnan
  6. Julia Ziegler
  7. Kamal Adli
  8. Zuki

Senarai Hadiah Super Spontan Superstar 2016

Berikut adalah senarai hadiah buat pemenang kali ini. Zizan Razak merupakan juara pemenang musim lepas 2015:-

  1. Juara – hadiah wang tunai RM100,000
  2. Naib juara – RM50,000
  3. Tempat ketiga – RM25,000
  4. Tempat keempat – RM5,000
  5. Kelima – RM5,000
  6. Keenam – RM5,000

Jom saksikan program komedi popular ini di kaca tv anda di saluran Astro Warna dan Mustika HD bermula Ogos 2016 nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*