Senarai Sekolah Terbaik STPM 2016

Senarai Sekolah Terbaik STPM 2016. Keputusan STPM 2016 (Keseluruhan) telah diumumkan secara rasmi pada hari Selasa, 28 Februari 2017. Hendak tahu sekolah manakah yang menjadi sekolah terbaik untuk keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2016? Berikut adalah senarai sekolah terbaik keputusan STPM 2016 yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM). Senarai sekolah ini telah menerima Anugerah Sekolah Terbaik STPM berdasarkan kepada pencapaian purata gred masing-masing.

Senarai Sekolah Terbaik STPM 2016
Senarai Sekolah Terbaik STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia)

Berikut adalah 10 sekolah yang telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Sekolah Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 selepas mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi.

Tahun 2016

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart, Sibu, Sarawak
  2. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor
  3. SMK Sin Min, Sungai Petani, Kedah
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri, Kota Bharu, Kelantan
  5. SMK Agama Sheikh Hj Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, Raub, Pahang
  7. SMJK Jit Sin (SKK), Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara, Kulai, Johor
  9. SMJK Chung Hwa Confucian, Georgetown, Pulau Pinang
  10. SMK Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas, Kelantan

Sebagai perbandingan, berikut adalah 10 sekolah terbaik untuk keputusan STPM 2015 :-

Tahun 2015

  1. Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Klang, Selangor
  2. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Hua Lian, Taiping, Perak
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jitra, Jitra, Kedah
  4. SMK Tun Dr. Ismail, Muar, Johor
  5. SMK Agama Persekutuan Labu, Seremban, Negeri Sembilan
  6. SMK Agama Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan
  7. SMK Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, Kelantan
  8. SMK Dong, Raub, Pahang
  9. SMJK Jit Sin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  10. SMK (Perempuan) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor

Analisis Keputusan Peperiksaan STPM 2016

Berikut adalah analisis ringkas keputusan peperiksaan STPM 2016 yang dikongsikan dari BERNAMA.

  1. PNGK Nasional mencatatkan peningkatan kepada 2.71 berbanding 2.65 pada 2015
  2. Seramai 565 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00, meningkat sebanyak 0.51 peratus berbanding 335 calon pada 2015
  3. Bilangan calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas meningkat kepada 16,263 calon pada 2016 berbanding 14,263 calon pada 2015
  4. Calon yang mendapat PNGK 2.75 ke atas turut meningkat daripada 20,359 orang dalam STPM 2015 kepada 22,407 orang pada 2016
  5. Dengan peratusan dan bilangan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas dan 2.75 ke atas, peluang lepasan STPM 2016 untuk diterima masuk ke Universiti Awam (UA) dijangka adalah lebih besar

Semoga perkongsian senarai sekolah terbaik STPM 2016 dan analisis peperiksaan STPM bermanfaat buat semua pelajar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*