Status Halal Restoran Naughty Nuri’s

Status Halal Atau Tidak Restoran Naughty Nuri’s. Berikut dikongsikan Status Halal Restoran Naughty Nuri’s yang kini kembali viral di media sosial berikutan pembukaan outletnya yang ketiga di Malaysia. Dikongsikan dari FB Bahagian Hab Halal, JAKIM, isu berkenaan premis makanan Naughty Nuri’s halal atau tidak, pernah dijelaskan oleh JAKIM pada 21 Mei 2016. Status halal atau tidak Restoran Naughty Nuri’s boleh dirujuk di bawah ini.

"<yoastmark

Status Halal Restoran Naughty Nuri’s

Berikut adalah Status Halal atau Tidak Restoran Naughty Nuri’s yang dikongsikan dari JAKIM.

Untuk makluman, premis makanan Naughty Nuri’s telah jelas menyatakan bahawa mereka menjual makanan berasaskan babi.

Papan tanda ‘Tidak Halal’ turut dipamerkan di pintu masuk premis berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Pengguna Muslim adalah dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi dan peka dengan promosi premis yang boleh mengelirukan pengguna,

“Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)

Untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar MyJakim.

SEE ALSO  Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017

Bagi mengetahui penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

pr_halal.islam@1govuc.gov.my
03-8892 5000/1

Semoga perkongsian samada Restoran Naughty Nuri’s halal atau tidak ini bermanfaat buat semua umat Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*