Syarat Kelayakan BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018. Berikut disertakan syarat kelayakan BR1M 2018 untuk permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dikongsikan dari e-BR1M. Pemohon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan BR1M 2018 ini sebelum membuat permohonan bagi mengelakan permohonan ditolak. Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan dan rayuan BR1M dengan merujuk kepada panduan di SEMAK BR1M.

Terkini : Portal Rasmi e-BR1M memaklumkan bahawa pendaftaran BR1M 2018 telah dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018 (Khamis). Tarikh sebelum untuk permohonan baru Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah dari 27 November sehingga 31 Disember 2017.

Syarat Kelayakan BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Memohon BR1M 2018

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M untuk tahun 2018. Pemohon yang layak untuk memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan seperti berikut:-

Syarat Kelayakan BR1M Tahun 2018

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar

Salinan Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan bersama Borang BR1M 2018 adalah meliputi salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) seperti berikut:-

  1. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  2. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Tahun 2017

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar

Salinan Dokumen

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

  1. Pengenalan (MyPR / MyKid / Pasport / Sijil Lahir)
  2. Sijil perceraian pemohon / sijil kematian pasangan bagi pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Sijil perceraian / sijil kematian ibu atau bapa tanggungan dan sijil lahir tanggungan (bagi kategori bujang ada tanggungan)

Selamat membuat permohonan baru BR1M 2018 kepada mereka yang berkelayakan. Semoga pendaftaran anda berjaya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.