Syarat Kemasukan IPG Institut Pendidikan Guru Malaysia

Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM (PISMP). Perhatian buat lepasan SPM yang berminat menjadi guru atau cikgu? Berikut dikongsikan Syarat Kemasukan IPG Terkini (Institut Pendidikan Guru Malaysia) untuk rujukan pemohon.

Kursus yang ditawarkan adalah PISMP atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Untuk makluman, permohonan kemasukan IPG adalah dibuka sekitar bulan Mac setiap tahun.

Syarat Kemasukan IPG Institut Pendidikan Guru Malaysia

Apa Itu PPISMP/ PISMP

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah Program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Panduan Syarat Kemasukan IPG Terkini Institut Pendidikan Guru Malaysia (Syarat Dan Kelayakan Asas)

Berikut adalah syarat asas dan kelayakan beserta syarat pengkhususan permohonan ke IPG :-

Syarat Dan Kelayakan Asas Permohonan IPG 2018

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1998.
  • Sihat tubuh badan.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
  • i. Bahasa Melayu; dan
  • ii. Sejarah.
  • Lulus Bahasa Inggeris.
    Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  1. Memenuhi syarat bidang pengkhususan di bawah ini.

Syarat Bidang Pengkhususan IPG 2017

Berikut adalah senarai lengkap Bidang Pengkhususan permohonan IPG mulai Ambilan Jun/ Julai 2017 :

syarat ipg 1

syarat ipg 2

syarat ipg 3

syarat ipg 4

syarat ipg 5

syarat ipg 6

syarat ipg 7

syarat ipg 8

syarat ipg 9

syarat ipg 10

syarat ipg 11

syarat ipg 12

syarat ipg 13

Nota :

  1. Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM
  2. ** Calon yang memohon bidang Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab MESTI MENDUDUKI DAN LULUS UJIAN AMALI bagi bidang pengkhususan tersebut.

Semoga perkongsian Syarat Kemasukan IPG Institut Pendidikan Guru Malaysia ini bermanfaat buat semua pemohon. Selamat memohon dan semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IPG tahun ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*