Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja

Syarat Permohonan Kemasukan Ke Maktab Tentera DiRaja Malaysia. Kepada pelajar Tingkatan 3 tahun 2016 / PT3, berikut adalah Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja (MTD) atau syarat kelayakan buat panduan pemohon yang berminat. Untuk makluman, permohonan kemasukan Putera 2017 telah dibuka dari 5 Ogos hingga 30 November 2016.

Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja
Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja

Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja

Berikut adalah syarat kemasukan permohonan ke MTD Tingkatan 4 tahun 2017 yang dikongsikan dari Iklan Permohonan:-

  1. a. Warganegara Malaysia
  2. b. Jantina – Lelaki
  3. c. Tinggi Minimum – 152 sm
  4. d. Berat Minimum – 40.5 kg
  5. e. Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27
  6. f. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  7. g. Penglihatan – baik dan tidak rabun warna. (Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12)
  8. h. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak
  9. i. Memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan Tiga) PT3 Tahun 2016 termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Permohonan boleh dibuat namun keputusan sama ada layak menghadiri temuduga hanya akan dimaklumkan selepas keputusan PT3 diumumkan
  10. j. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik
  11. k. Calon-calon yang layak akan dimaklumkan status permohonan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)
  12. l. Sesi temuduga bagi calon-calon dari Semenanjung Malaysia akan diadakan pada minggu kedua Januari 2017, manakala bagi calon-calon dari Sabah dan Sarawak akan diadakan pada minggu ketiga Januari 2017
  13. m. Hanya calon yang berjaya dalam temuduga akan ditawarkan mengikut pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2017
  14. n. Sepanjang tempoh pengajian, pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran (kecuali yuran PIBG, yuran kecemerlangan akademik, insuran dan kebajikan).  Semua kemudahan yang disediakan adalah diberi secara percuma yang meliputi sajian, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis serta uniform. Selain itu, pelajar juga akan diberikan elaun wang saku sebanyak RM100.00 pada tiap-tiap bulan
SEE ALSO  Pajeri Terung Cara Penyediaan Yang Paling Mudah

Sumber Iklan Permohonan

Semoga Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja yang disertakan ini boleh dijadikan panduan kepada pelajar yang berminat sebelum memohon.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*