Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Terkini

Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Terkini. Apakah syarat kemasukan, syarat kelayakan hendak masuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1? Berikut dikongsikan Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Terkini yang dikongsikan dari MARAGOV. Syarat kelayakan kemasukan adalah untuk sesi pengambilan tahun 2017 yang telah dibuka dari 13 September hingga 21 Oktober 2016.

syarat kemasukan mrsm
Kelayakan Akademik Masuk MRSM

Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Terkini

Kepada pelajar yang berminat untuk memasuki MRSM, berikut adalah Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Terkini untuk panduan pelajar semua.

  1. Pelajar TAHUN ENAM 2016 yang berminat serta cemerlang dalam sahsiah diri dan akademik  untuk kemasukan ke tingkatan 1 MRSM tahun 2017 di Semenanjung Malaysia.
  2. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar
  3. Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:
    Memiliki sikap diri yang positif.
    Tahap  kesihatan  yang  baik  dan  mampu  menjalani  program  kecerdasan fizikal.
    Pelajar  bersedia  untuk  tinggal  di  asrama  sepanjang  tempoh  pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
    Memperoleh   keputusan   6A   dalam   Ujian Pencapaian   Sekolah   Rendah (UPSR) tahun 2016.
    Aktif  kegiatan  kokurikulum  dan  bersedia  mengikuti  pelbagai  program  yang dianjurkan.
    Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA

[junkie-alert style=”red”] Syarat terkini kelayakan akademik 2017 : Syarat baru kemasukan bermula sesi kemasukan 2017 telah dilonggarkan kepada 3A dan 3B (calon Semenanjung) dan 3A 2B 1C (Calon Sabah dan Sarawak) dalam peperiksaan UPSR 2016. [/junkie-alert]

Selain itu pemohon juga perlu mematuhi syarat kelayakan berikut :-

Semenanjung Malaysia

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
  3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
    i. Bumiputera tahun enam.
    ii. Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
  4. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah
    Rendah (UPSR) tahun 2016.
  5. Hendaklah menjawab Online Self-Assessment (OSA) dalam tempoh yang ditetapkan. 22 Oktober 2016 hingga 21 November 2016
  6. Pelajar akan  menduduki Ujian  Kecenderungan  Kemasukan  ke  MRSM  (UKKM)  Tingkatan 1 pada tarikh antara  5  hingga  8 Disember 2016 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia
syarat kemasukan mrsm tingkatan 1 terkini
syarat kemasukan mrsm tingkatan 1 Semenanjung terkini

Sumber : MARAGOV1 & IKLAN KEMASUKAN SEMENANJUNG,

Sabah & Sarawak

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak :
    i. Bumiputera tahun enam.
    ii. Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
  4. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 3B (A dalam subjek Matematik dan Sains dan tiada gred C, D dan E).
  5. Hendaklah menjawab Online Self-Assessment (OSA) dalam tempoh yang ditetapkan. 22 Oktober 2016 hingga 21 November 2016
  6. Pelajar  akan  menduduki  Ujian  Kecenderungan  Kemasukan  ke  MRSM  (UKKM)  Tingkatan 1  pada  tarikh  antara 5 hingga 8 Disember 2016 yang akan diadakan di MRSM Tun Mustapha dan MRSM Kuching.
  7. Pemohon  yang  memilih  MRSM Mukah,  MRSM  Betong, MRSM  Kota  Kinabalu dan  MRSM Tun  Mohammad  Fuad Stephens tidak perlu menduduki UKKM
syarat kemasukan mrsm tingkatan 1 sabah sarawak
syarat kemasukan mrsm tingkatan 1 sabah sarawak

Sumber : Syarat & Iklan Kemasukan

Nota : Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah  Berasrama  Penuh (SBP) dan    Sekolah    Berasrama    Penuh    Integrasi    (SBPI)    Kementerian Pendidikan  Malaysia  tidak  akan  ditawarkan  ke  MRSM.

Pelajar yang berminat dan memenuhi syarat kemasukan/ kelayakan yang ditetapkan, anda boleh membuat permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 secara online di MARA. Selamat memohon dan semoga anda berjaya.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*