Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Terkini

Syarat Permohonan MRSM Tingkatan 4 Terkini. Adakah anda layak memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2017? Berikut adalah Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Terkini yang dikongsikan dari MARAGOV. Syarat kelayakan terkini adalah untuk sesi pengambilan tahun 2017 yang telah dibuka dari 13 September hingga 21 Oktober 2016.

"<yoastmark

Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Terkini

Berikut adalah Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 4 untuk sesi tahun 2017 untuk panduan buat pelajar yang berminat untuk memasuki MRSM. Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

  1. Memiliki sikap diri yang positif.
  2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal.
  3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
  4. Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  5. Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA
SEE ALSO  Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2017 Online

Berikut pula adalah syarat umum kelayakan masuk ke MRSM Tingkatan 4 tahun 2017 :-

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
  3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
    i. Bumiputera tingkatan tiga.
    ii. Bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan.
  4. Memperoleh keputusan 6A 4B dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2016.
  5. Pemohon hendaklah menjawab Online Self-Assessment (OSA) dalam tempoh yang ditetapkan.
  6. Pemohon  akan  menduduki  Ujian  Kecenderungan  Kemasukan  ke  MRSM  (UKKM)  Tingkatan  4  pada  tarikh antara 21 hingga 25 November 2016 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia

Program MRSM

Terdapat    tiga    program    yang    berteraskan Science,    Technology, Engineering  and  Mathematics (STEM) dilaksanakan  di  MRSM,  adalah seperti berikut:

  • i. MRSM  Program  Sistem  Pendidikan  Maktab  Rendah  Sains  MARA (SPMRSM)
    Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)
  • ii. MRSM Program SPMRSM Teknikal
    SPMRSM  Teknikal menerapkan  elemen  teknikal  melalui  subjek  Sains Kejuruteraan   yang   merangkumi   ilmu   Kejuruteraan   Mekanikal   dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
  • iii. MRSM Sains Keusahawanan
    SPMRSM  Sains  Keusahawanan  menerapkan  elemen  keusahawanan melalui subjek prinsip perakaunan dan ekonomi asas.
SEE ALSO  Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2017 Online

Syarat Kelayakan Masuk Akademik

1) Pemohon Dari Semenanjung

Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 2016 (tidak termasuk mata pelajaran   Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.

1) Pemohon Sabah Dan Sarawak

Memperoleh keputusan minimum 5A 5B dalam PT3 2016 (tidak termasuk mata pelajaran   Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.

ONLINE SELF-ASSESSMENT (OSA)

Pemohon  juga  perlu  menjawab Online  Self-Assessment bagi  subjek  Keperibadian  dan  Bahasa  Inggeris dalam  tempoh yang  ditetapkan  di  pautan  (link)  yang  akan  diberikan  dalam cetakan borang permohonan. Pemohon  perlu  mengisi  nombor  telefon  dan  emel  yang boleh   dihubungi   untuk   memudahkan   penyaluran   maklumat permohonan.
Tempoh  mengisi  borang  permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment
ialah mulai 22 Oktober 2016 hingga 21 November 2016. 13 September hingga 21 Oktober 2016.

SEE ALSO  Semakan Online Keputusan UPU Sesi 2014/ 2015

Pemohon Semenanjung : Cetakan   borang   permohonan   dan   semua   dokumen
berkaitan  yang  telah  disahkan  perlu  dibawa  ke  pusat  ujian semasa UKKM.

Pemohon Sabah Dan Sarawak : Pemohon  perlu  menghantar  cetakan  borang  permohonan online dan  semua  dokumen  berkaitan  yang  telah  disahkan  ke alamat di bawah:

(Permohonan ke Tingkatan 4 Tahun 2017)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan MARA,
50609 KUALA LUMPUR.

Tarikh  akhir  menghantar  cetakan  borang  serta  dokumen yang  telah  disahkan  ialah  selewat-lewatnya  pada 4  November 2016.

Maklumat Penting

Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada iklan dan syarat permohonan dalam PDF di bawah ini :-
[Iklan Permohonan Semenanjung] [Syarat Umum Semenanjung] [Iklan Dan Syarat Umum Sabah & Sarawak]

Semoga Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Terkini ini boleh dijadikan panduan buat pelajar sebelum membuat permohonan.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*