Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2017 Chinese New Year

Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2017 – Chinese New Year 2017 (CNY 2017). Pasti ramai yang bercadang untuk pergi cuti umum bersama keluarga atau rakan-rakan sempena Tahun Baru Cina 2017. Bilakah tarikh cuti tahun baru cina 2017 sebenarnya yang merupakan cuti umum di Malaysia? Tahun ini adalah tahun Ayam.

Tarikh Cuti Tahun Baru Cina
Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2017

Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2017

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam cuti umum qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan di mana tahun ini adalah tahun Ayam.

Tahun Baru Cina 2017 di Malaysia akan jatuh pada tarikh berikut :-

  • 28 dan 29 Januari 2017 (Sabtu dan Ahad)
  • Hari Isnin iaitu 30 Januari 2017 adalah merupakan cuti umum di Malaysia
  • Cuti tahun baru Cina merupakan antara cuti panjang yang terdapat pada kalendar tahun 2017
SEE ALSO  Resepi Almond London Sedap Dan Mudah

Tahun Baru Cina (Chinese New Year)

Ianya melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul.

Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

SEE ALSO  Honda Civic 2016 Harga Dan Spesifikasi Malaysia

Selamat Tahun Baru Cina 2017. Kepada yang bercuti seisi keluarga, selamat bercuti sempena cuti umum di Malaysia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*