Tarikh Final Piala Malaysia 2016 Dan Lokasi

Tarikh Final Piala Malaysia 2016. Aksi Piala Malaysia kini memasuki perlawanan akhir. Bilakah tarikh final Piala Malaysia 2016? Menurut Football Malaysia LLP, tarikh final Piala Malaysia 2016 sepatutnya diadakan pada hari Sabtu, 29 Oktober 2016. Namun, tarikh itu jatuh pada Hari Deepavali. Oleh itu, tarikh baru menurut ulasan pengulas pada perlawanan separuh akhir di TV9 adalah pada hari Ahad, 30 Oktober 2016 di Stadium Shah Alam, Selangor. Final kali ini bakal menemukan pasukan Selangor bertemu Kedah.

Tarikh Final Piala Malaysia 2016
Tarikh Final Piala Malaysia 2016

Tarikh Final Piala Malaysia 2016

Final Piala Malaysia 2016 terpaksa diawalkan bagi membolehkan persiapan skuad Harimau Malaysia di Kejohanan Bolasepak Piala AFF Suzuki 2016 bermula dari 19 November. Pada tahun 2015 lepas, perlawanan akhir telah dilangsungkan pada 12 Disember 2015.

  • Tarikh Final : 30 Oktober 2016 (Ahad)
  • Stadium : Stadium Shah Alam, Selangor

Berikut adalah laluan (ROAD TO FINAL) pasukan Selangor dan Kedah bermula dari aksi Suku Akhir hingga ke Akhir.

Suku Akhir TM PIALA MALAYSIA 2016

28 Ogos (Perlawanan Pertama)

  • Negeri Sembilan vs Kedah : 0 – 0
  • T-Team vs Felda United : 1 – 1
  • Kelantan vs PDRM FA : 1 – 2
  • PKNS FC vs Selangor : 3 – 4

17 September (Perlawanan Kedua)

  • Kedah vs Negeri Sembilan : 5 – 0 (Agg 5 – 0)
  • Felda United vs T-Team : 0 – 1 (Agg 1 – 2) : LIVE TV9
  • PDRM FA vs Kelantan : 0 – 1 (Agg 2 – 2). PDRM layak dengan kelebihan jaringan gol tempat lawan
  • Selangor vs PKNS FC : 1 – 0 (Agg 5 – 3)

Separuh Akhir Piala Malaysia 2016

  • 30 September 2016 – Kedah vs PDRM FA : 2 – 1
  • 1 Oktober 2016 – Selangor vs T-Team : 2 – 1
  • 15 Oktober – PDRM FA vs Kedah : 0 – 0 (Agg 1 – 2)
    T-Team vs Selangor : 0 – 2 (Agg 1 – 4)

Akhir TM PIALA MALAYSIA 2016

  • Tarikh : 30 Oktober 2016 (Ahad)
  • Stadium Shah Alam, Selangor

* Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan oleh Football Malaysia LLP 

Tahniah kepada pasukan Selangor dan Kedah yang berjaya layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2016. Untuk peminat kedua-dua pasukan, sokonglah pasukan anda pada final nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*