Tarikh Pembayaran Bonus Raya 2017 Kakitangan Awam

Bayaran Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2017 Kakitangan Awam. Bilakah Tarikh Pembayaran Bonus Raya 2017? Musim perayaan Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Penjawat awam atau kakitangan kerajaan pastinya tertunggu-tunggu samada mereka bakal mendapat bonus raya/ bantuan khas kewangan atau tidak. Pada tahun lepas, penjawat awam telah menerima Bantuan Khas Kewangan (bukan Bonus) Hari Raya sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen).

Terkini : 2 Jun 2017 – Kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidifitri 2017 untuk kakitangan awam berjumlah RM500 dan RM250 kepada pesara kerajaan.

Tarikh Pembayaran Bonus Raya 2017 Kakitangan Awam

Tarikh Pembayaran Bonus Raya 2017 (Bantuan Khas Aidilfitri)

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017. Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion. Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

SEE ALSO  Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja

Berikut adalah ringkasan jumlah dan tarikh pembayaran bantuan khas Hari Raya Aidilfitri tahun 2017 buat kaitangan kerajaan.

  • Bayaran Untuk Kakitangan Awam sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen)
  • Tarikh Bayaran : sebelum 9 Jun 2017
  • Anggaran peruntukkan : RM1 bilion

Grafik Bantuan Khas Aidilfitri 2017 Kakitangan Kerajaan

Berikut adalah grafik buat pembayaran buat panduan kakitangan awam :-

Tarikh Pembayaran Bonus Raya 2017 Kakitangan Awam
Sumber : FB Kementerian Kewangan Malaysia

 

Tarikh Pembayaran Bonus Raya 2017 Kakitangan Awam

Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam

Berikut dikongsikan maklumat pemberian bonus raya tahun 2015 yang lepas. Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke 14 (MAPPA XIV) 2015 sedang berlangsung pagi ini dan terdapat beberapa pengumuman penting yang akan di buat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang pasti ditunggu-tunggu oleh kakitangan awan terutamanya bonus Hari Raya 2015. Untuk makluman, Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) dengan tema “Mendepani Realiti Baharu Negara 2015 diadakan seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh : 17hb Jun 2015 (Rabu)
  • Masa : 8.30 hingga 11.30 pagi
  • Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 

Amanat oleh : YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam

Berikut di antara amanat dan butiran pengumuman penting yang telah di buat oleh PM pagi ini :-

  • Bantuan Khas Kewangan (Bonus) Hari Raya 2015 untuk Kakitangan Awam (Gred 54 dan ke bawah) sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen)
  • Tarikh Bayaran 25 Jun 2015 
  • Kadar baharu terendah imbuhan tetap perumahan naik daripada RM180 ke RM300 sebulan untuk penjawat awam gred 41 ke bawah mulai 1 Nov 2015
  • Penjawat awam yang mendiami kuarters akan terima 25 peratus imbuhan tetap perumahan mengikut kelayakan

Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran Bonus Raya 2017 Kakitangan Awam bermanfaat buat semua. Dinasihatkan agar kakitangan awam yang mendapat bonus raya ini dapat menggunakan wang dengan cara yang betul dan berbelanja dengan berhemah. Selamat membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri tahun 2017.

SEE ALSO  Harga Gula Terkini Malaysia Naik Bermula 1 Mac 2017

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*