Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Bayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia. Bilakah tarikh bayaran BR1M 2017? Umum sedia maklum yang jumlah pembayaran BR1M 2017 (BRIM) akan dinaikkan buat semua kategori. Sebagai panduan, berikut adalah jadual tarikh pembayaran BR1M 2017 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang dirujuk dari Laman Rasmi e-BR1M.

Mengikut jadual yang telah dikeluarkan, tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia akan dibuat seperti tarikh berikut iaitu seawal pertengahan Februari 2017. Ansuran pembayaran akan di buat sebanyak 3 kali kecuali kategori individu bujang yang akan dibuat dengan sekali bayaran.

Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Pembayaran BR1M 2017 (Jadual Bayaran Duit Masuk)

Berikut adalah maklumat berkaitan Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia :-

1. Kategori e-Kasih

  • (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulah: Jumlah Bantuan RM1200
  1. Ansuran Pertama : RM400 (Februari 2017). Bayaran Fasa 1 BR1M 2017 bagi pembayaran secara baucar adalah mulai 18 Februari 2017. Bayaran melalui pengkreditan ke akaun bank pula adalah mulai 22 Februari 2017.
  2. Kedua : RM400 (Jun 2017). Pembayaran BR1M peringkat kedua diawalkan dan akan dibuat mulai 5 Jun kepada penerima yang telah menerima BR1M semasa peringkat pertama tempoh hari. Bagi permohonan rayuan, pembayaran dijangka akan dibuat pada 17 Jun.
  3. Ansuran Ketiga : RM400 (mulai 16 Ogos 2017 secara berperingkat)
  4. Cara daftar e-kasih
SEE ALSO  Semakan Penerima Dekoder Percuma MYTV Online

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k

  • Jumlah Bantuan RM1,200
  1. Ansuran Pertama : RM400 – Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar). 22 Februari 2017 (Akaun Bank)
  2. Kedua : RM400 (Jun 2017). Pembayaran BR1M peringkat kedua diawalkan dan akan dibuat mulai 5 Jun kepada penerima yang telah menerima BR1M semasa peringkat pertama tempoh hari. Bagi permohonan rayuan, pembayaran dijangka akan dibuat pada 17 Jun.
  3. Ansuran Ketiga : RM400 (mulai 16 Ogos 2017 secara berperingkat)

3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k

  • Jumlah Bantuan RM900
  1. Ansuran Pertama : RM300 : Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar). 22 Februari 2017 (Akaun Bank)
  2. Kedua : RM300 (Jun 2017). pembayaran BR1M peringkat kedua diawalkan dan akan dibuat mulai 5 Jun kepada penerima yang telah menerima BR1M semasa peringkat pertama tempoh hari. Bagi permohonan rayuan, pembayaran dijangka akan dibuat pada 17 Jun.
  3. Ansuran Ketiga : RM300 (mulai 16 Ogos 2017 secara berperingkat)
SEE ALSO  Borang Permohonan Program MyHome Subsidi Rumah Pertama

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k

  • Jumlah Bantuan RM450
  1. RM450 pada Februari 2017. Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar). 22 Februari 2017 (Akaun Bank)

Sila rujuk grafik pembayaran BR1M 2017 di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas. Tarikh sebenar akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Tarikh Pembayaran BR1M 2017Cara Pembayaran BR1M 2017

Kaedah pembayaran bantuan BR1M adalah melalui kaedah berikut :-

1. Akaun Bank

Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon.

2. Baucar BR1M

Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

Hotline BR1M

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2017, sila hubungi:

  1. Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  2. Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  3. Email kepada br1m@treasury.gov.my
  4. Permohonan baru, kemaskini BR1M dan semakan status, sila klik e-BR1M
SEE ALSO  Cara Menangani Stres Dengan Bijak

Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia ini bermanfaat buat semua penerima bantuan BR1M.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*