Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2016

Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2016. Hari Kebangsaan tahun 2016 bakal menjelma tidak lama lagi dan apakah tema dan logo Hari Kebangsaan 2016 kali ini? Tema #sehatisejiwa telah dipilih sebagai tema dan ianya merupakan tema yang sama pada tahun lepas 2015. Lagu tema juga bertajuk Sehati Sejiwa.

Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2016

Logo Dan Tema Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan Malaysia tahun 2016 adalah seperti berikut:-

Tema Hari Kebangsaan 2016

  • #sehatisejiwa
  • Pemilihan tema adalah mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di Malaysia. Semangat bersatu-padu perlu dipupuk kerana ianya telah lama menjadi amalan dalam kalangan sesama rakyat Malaysia.

Logo Hari Kebangsaan 2016

Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2016
logo hari kebangsaan 2016

Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan Malaysia adalah merupakan tarikh Cuti Umum buat rakyat Malaysia dan akan dirayakan pada hari Rabu, 31 Ogos 2016. Untuk makluman, selain tema dan logo, turut dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan.

Bermula tahun 2015, buat pertama kalinya, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. “Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja.

SEE ALSO  Keputusan PRK Tanjong Datu Sarawak 2017

Sehati Sejiwa – Lagu Tema Hari Kebangsaan 2016

Lagu : Muhammad Yuri Edris
Lirik : Siso Kopratasa & Yuri Edris
Penyanyi : Alif Satar /choir Gemersik Chorus

Selamat menyambut Hari Kebangssan 2016 buat semua rakyat Malaysia. Semoga negara kita Malaysia terus maju.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*