Udang Goreng Butter Paling Lazat dan Mudah

Udang Goreng Butter Paling Lazat dan Mudah. Siapa je yang tak suka dengan udang goreng butter kan. Resepi ni memang lazat dan paling senang untuk dibuat. Hari ini resepi mama ingin menyediakan resepi udang goreng butter paling lazat dan mudah disediakan. Udang goreng butter memang sesuai dihidangkan untuk makanan tengah hari dan dinikmati bersama seisi keluarga. Bagi yang baru hendak mencuba resepi udang goreng butter ini resepinya sangatlah mudah dan selamat mencuba.

hqdefault
Udang Goreng Butter Paling Lazat dan Mudah

Udang Goreng Butter Paling Lazat dan Mudah

Bahan-bahan :-

  • 500gram udang harimau(dibuang kepala)
  • 4 ulas bawang putih
  • 6-10 biji cili padi
  • 3 dahan daun kari
  • 5 sudu susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 biji kuning telur
  • 100gram butter
  • 1 sudu serbuk kunyit

Cara Penyediaan :-

  1. 500gram udang harimau dibasuh dan dibuang kepala dan ekor tajamnya.
  2. Pecahkan 4 biji telur dan ambil kuningnya sahaja.
  3. Tumbuk lumat bawang putih dan cili padi dengan batu lesung atau cincang sahaja.
  4. Asingkan daun kari dari dahannya , guna daunnya sahaja.
  5. Panasakan kuali, masukkan butter. Gunakan api sederhana.
  6. Setelah butter cair, masukkan kuning telur dan tuang pada jarak tinggi sedikit dan demi sedikit secara berterusan. Semasa menuang, tangan sebelah perlu mengacau butter tanpa henti sehingga kuning telur habis dituang.( kacau seperti membuat putaran)
  7. Masukkan 1 sudu kunyit dalam kuali dan kacau sama rata. Selepas telur menjadi warna kuning keemasan, matikan api dan angkat guna penapis besi. Ambil telurnya sahaja, lebihan butter tidak lagi digunakan.
  8. Panaskan kuali baru, masukkan 4 sudu minyak panas. Masukkan bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau. Kemudia masukkan 1 sudu serbuk kari daging dan sedikit air. Masak sehingga naik minyak. Masukkan 5 sudu susu cair. Kalau nak butter prawn lagi basah, tambah lagi susu cair.
  9. Masukkan udang harimau, daun kari dan telur separuh kuning yang dimasak tadi. Kacau sehingga sekata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Setelah udang masak, siap dan boleh dihidang.

 

Selamat Mencuba

 

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*