Nota Sains Tingkatan 4 Bab 1 Penyiasatan Saintifik

Kaedah Penyiasatan Saintifik. Berikut dikongsikan Nota ringkas Sains Tingkatan 4 Bab 1 bertajuk Penyiasatan Saintifik.Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar Tingkatan 4 untuk mengulangkaji dalam menghadapi peperiksaan SPM tahun hadapan.

Nota Sains Tingkatan 4 Bab 1 Penyiasatan Saintifik

Nota Sains Tingkatan 4 Bab 1 Penyiasatan Saintifik

Sains adalah segala apa yang ada disekeliling kita. Hampir segala-galanya di dalam kehidupan kita adalah berkait rapat dengan sains. Sains (science) bermaksud ‘tahu/untuk mengetahui’ (to know) dalam bahasa Latin. Tujuan penyelidikan saintifik (scientific investigation) dilakukan adalah ‘untuk mengetahui’ tentang bagaimana sesuatu kejadian itu berlaku berdasarkan pemahaman yang berasaskan bukti (evidence-based understanding) yang nyata.

Pengetahuan saintifik membantu kita dalam membuat banyak penemuan yang telah mengubah cara hidup kita. Para saintis akan sentiasa tertanya-tanya tentang perkara-perkara atau kejadian yang berlaku dalam alam semula jadi ini. Mereka memerhatikannya dan bertanyakan soalan tentang perkara-perkara atau kejadian tersebut. Seterusnya mereka mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Salah satu cara untuk mendapatkan jawapan tersebut adalah dengan untuk menjalankan kajian / penyelidikan saintifik. Dengan cara ini, mereka akan mendapat jawapan kepada segala persoalan-persoalan yang ingin diketahui, serta meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka tentang sains.

Kaedah Dalam Menjalankan Penyiasatan Saintifik

Berikut diantara kaedah yang digunakan :-

  1. Buat pemerhatian (making observation) tentang sesuatu kejadian / masalah / persoalan.
  2. Mengenal pasti masalah tersebut (identifying the problem).
  3. Mengenal pasti sebarang kemungkinan yang menyumbang kepada permasalahan tersebut (identifying the variables).
  4. Membuat hipotesis (making a hypothesis).
  5. Membuat perancangan penyelidikan/penyiasatan (planning the the investigation).
  6. Menjalankan penyelidikan/penyiasatan (carrying out the investigation).
  7. Mengumpul data (collecting data).
  8. Menganalisis dan mentafsir data (analysing and interpreting data).
  9. Membuat kesimpulan (making a conclusion).
  10. Menulis laporan (writing a report) tentang penyelidikan saintifik yang dijalankan

Selamat membuat ulangkaji matapelajaran Sains Tingkatan 4 Bab 1 Penyiasatan Sainstifik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*