Perbezaan Sertu Dan Samak

Apa Beza Sertu Dan Samak. Masyarakat Islam di Malaysia sering keliru tentang penggunaan dua istilah iaitu sertu vs samak. Dikongsikan dari Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM, berikut adalah perbezaan sertu dan samak untuk panduan semua.

Perbezaan Sertu Dan Samak

Perbezaan Sertu Dan Samak

Jom lihat apa perbezaan diantara Sertu dan Samak.

SERTU

Menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah iaitu anjing, babi dan keturunannya. Najis mughallazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan sekali air yang bercampur tanah dan diikuti dengan enam kali air bersih/mutlak.

SAMAK

Menyucikan kulit binatang daripada kekotoran untuk kegunaan tertentu. Semua kulit binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit anjing dan babi.

Semoga perkongsian berkaitan perbezaan serta dan samak ini bermanfaat buat semua.