Contoh Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan

Contoh Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan. Berikut dikongsikan contoh laporan Sambutan Hari Kemerdekaan buat panduan pelajar semua dalam menyediakan satu laporan karangan yang terbaik. Tema Hari Kemerdekaan tahun 2016 kali ini adalah Sehati Sejiwa.

Contoh Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan
Contoh Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan

Contoh Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan

Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota (SMK Kota) telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan sempena Ulangtahun Kemerdekaan Ke-59. Sambutan yang bertujuan memupuk semangat cintakan negara kepada warga sekolah ini berjaya diadakan dengan cemerlang. Sambutan yang diadakan pada pagi Isnin 29 Ogos 2016. Butir-butir sambutan adalah seperti berikut:

  • Tarikh : 29 Ogos 2016 (Isnin)
  • Masa : 8.00 pagi hingga 12.45 tengahari
  • Tempat : Dewan sekolah (SMK Kota)
  • Peserta: Semua pelajar dan guru

Segala perancangan dan persiapan untuk sambutan dilakukan seminggu sebelum sambutan iaitu aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan. Tepat pada jam 8.05 pagi ketibaan tetamu jemputan. Para guru mengambil tempat masing-masing. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar. Diteruskan dengan bacaan ikrar oleh ketua pengawas sekolah. Ucapan dimulakan oleh Pn Siti Hawa selaku setiausaha. Seterunya diikuti oleh ucapan guru besar turut merasmikan pelancaran bulan kemerdekaan. Acara teruskan dengan istiadat perbarisan murid-murid sekolah yang membawa jalur gemilang, diikuti dengan nyayian lagu negaraku dengan penuh bersemangat oleh para pelajar.

Acara dimeriahkan lagi dengan nyanyian kumpulan bertajuk ‘Tanggal 31. Sebelum sesi pertama tamat, nyayian lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia oleh pelajar sambil mengibarkan jalur gemilang bersama guru-guru menaikkan rasa bangga dalam diri setiap warga. Pelajar direhatkan sebelum bermulanya sesi kedua sambutan hari kemerdekaan selama setengah jam.

SEE ALSO  Semakan Keputusan SPMU 2017 Online SMS

Sesi kedua sambutan dimulakan dengan lakonan oleh pelajar tahun 6. Seterusnya murid-murid tahun 5 menyampaikan sebuah pantun direka sendiri. Sambutan diteruskan dengan persembahan murid-murid tahun 1 hingga tahun 4 dengan pakaian tradisional. Suasana ketika itu, amat meriah. Pelajar seronok menyaksikan persembahan oleh rakan-rakan mereka serta guru-guru yang terlibat. Majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Majlis diakhiri dengan peyampaian hadiah untuk pemenang yang menyertai pertandingan sempena aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan. Seterusnya sepatah dua kata oleh Ketua PIBG dan nyanyian lagu ‘Malaysiaku Gemilang’ dan ‘ Tanggal 31’ yang diketuai oleh Guru-guru.

Laporan disediakan oleh,

………………………………..

(MUHAMMAD BIN ALI)

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*