Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah Dan Ringkas

Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Mudah Dan Ringkas. Anda berhasrat berhenti kerja dan memerlukan Contoh Surat Berhenti Kerja yang mudah dan ringkas? Sebagai panduan, berikut dikongsikan contoh surat rasmi notis berhenti kerja (resignation letter) dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris yang merangkumi notis perletakan jawatan samada 24 jam ataupun sebulan dan sebagainya. Isi kandungan surat rasmi adalah bergantung kepada syarat kontrak yang tertera semasa menerima tawaran pekerjaan dari majikan.

Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah Dan Ringkas
Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah Dan Ringkas

Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah Dan Ringkas/ Resignation Letter

Berikut adalah diantara contoh surat rasmi berhenti kerja yang terbaik, mudah dan ringkas :-

CONTOH 1

ALI BIN AHMAD
NO. 22, JALAN AB,
KOLAM AIR,
80200 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM

XYZ SDN BHD,
LOT PLO 88, JALAN UBI KAYU,
81400 SENAI,
JOHOR DARUL TAKZIM

18 JUN 2016

Tuan,

PERKARA : NOTIS BERHENTI KERJA

Merujuk kepada perkara di atas, saya Ali Bin Ahmad, ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan meletakkan jawatan di syarikat bermula 18 hb Julai 2016.
2. Saya berbuat demikian kerana ingin menyambung pelajaran di universiti tempatan.
3. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

Yang benar

……………………………………………
(ALI BIN AHMAD)
NO K./: …………………………

CONTOH 2

Siti Bin Rosli,
Akaun Eksekutif ,
PAP Hotel,
26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

General Manager,
PAP Hotel,
26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.                                                                1 APRIL 2016

Tuan,

PERLETAKAN JAWATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Saya Siti Binti Rosli bertugas sebagai Eksekutif Akaun di PAP Hotel ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang notis perletakan jawatan saya selama sebulan bermula 1 April 2016.

3..     Untuk makluman pihak tuan, perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.

4.    Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan pihak tuan.

5.    Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi pertimbangan sewajarnya dan segala kerjasama di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

……………………….
(SITI BINTI ROSLI)
Eksekutif Akaun,
PAP Hotel

CONTOH RESIGNATION LETTER DALAM ENGLISH

TO : Mr.

DATE : Date

SUBJECT: Resignation

Dear Mr. …………..,This is to formally notify you that I am resigning from (company name) as (title).

My last day of work will be (Date), which should allow me plenty of time to finish ongoing projects and to turn over the position to my replacement. Please feel free to contact me at any time should you have any questions regarding my past work. I hope that the transition will go smoothly for everyone.

My experience with (company name) has been very rewarding. I appreciate having had the opportunity to work for such a fine company. I wish you and the organization continued success.

Sincerely,

(Your signature)

(Your name)

Semoga senarai contoh surat berhenti kerja yang dikongsikan ini dapat dijadikan panduan kepada mereka yang memerlukannya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*