Kesan Kemasukan Pendatang Asing Ke Malaysia

Contoh Karangan Kesan Kemasukan Pendatang Asing Ke Malaysia. Berikut dikongsikan contoh karangan Kesan Kemasukan Pendatang Asing Ke Malaysia yang memberikan kesan positif dan juga negatif. Umum sedia maklum yang “Buruh Asing” adalah pekerja-pekerja yang berasal dari negara luar dan bekerja di negara ini untuk mencari dan menambahkan lagi pendapatan mereka. Kebanyakkan buruh-buruh asing ini berasal dari negara miskin dan mundur di mana terlalu ramai penduduk sehingga peluang pekerjaan tidak mencukupi bagi mereka.

"<yoastmark

Karangan BM : Kesan Kemasukan Pendatang Asing Ke Malaysia

Kesan Negatif

Negara tercinta kita, Malaysia kini dihangatkan lagi dengan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara kita yang semakin berleluasa. Hal ini menyebabkan media massa menjadikan ianya suatu topik yang cukup hangat untuk dibincangkan di dalam surat khabar yang menjadi saluran informasi rakyat. Kemasukan pendatang asing ini sebenarnya memberikan pelbagai kesan negatif yang sangat merbahaya kepada sesebuah negara yang sedang membangun.

Antara kesan negatif adalah pendatang asing sebenarnya mendatangkan pelbagai
masalah. Kedatangan mereka ini menjadikan peningkatan kes-kes jenayah yang amat membimbangkan semua pihak. Contohnya kejadian mencuri barang-barang milik orang lain, merompak dan menceroboh masuk ke dalam rumah dan meragut. Perbuatan mereka ini dilakukan dek kerana kesempitan wang. Perbuatan mereka ini haruslah dicegah oleh pelbagai pihak untuk mengelakkan kejadian seperti ini terus berleluasa.

Selain itu juga, kedatangan pendatang asing ini boleh membawa kepada pelbagai masalah untuk menyatukan kaum. Kedatangan mereka ini telah  menyukarkan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa untuk merapatkan hubungan  kerana mereka sering membuat kekacauan.

Di samping itu, kedatangan mereka ini telah menambahkan ramai penganggur di Malaysia. Hal ini kerana kemasukan buruh kurang mahir yang terlalu ramai ke negara ini telah menyebabkan rakyat Malaysia hilang pekerjaan. Ekonomi Malaysia juga akan mula merundum.

Kesan negatif yang lain pula adalah, ianya dapat membazirkan wang negara. Pengeluaran wang yang diberikan oleh majikan kepada pekerjanya yang mungkin sebenarnya tiada passport Malaysia sebenarnya dapat membazirkan wang Negara kita. Ini sangat membahayakan Negara kita yang sedang maju dan membangun ini.

Kesan Positif Kemasukan Pendatang Asing

Kesan positif akibat kedatangan pendatang asing ke Malaysia adalah seperti berikut :-

Mempercepat proses pembangunan Negara

Malaysia merupakan sebuah Negara yang pesat membangun, dengan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Malaysia sentiasa melakukan perubahan menyeluruh khususnya dalam pembangunan infrastruktur dan prasarana yang sistematik. Oleh itu, kesemua ini perlu di bangun dalam masa yang singkat selaras dengan perkembangan Negara. Dalam usaha untuk mencapai misi tersebut, keperluan tenaga buruh diperlukan kerana memainkan peranan dalam mempercepatkan arus pertumbuan Negara.

Sungguhpun begitu, Malaysia mengalami kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memajukan pembangunan tersebut dan secara tidak langsung menyebabkan Malaysia memerlukan tenaga buruh dari luar dari luar seperti Vietnam, Myanmar, India dan Indonesia. Dengan adanya pendatang asing yang bekerja sebagai tenaga buruh, maka proses pembangunan Negara akan berlangsung dengan cepat.

Mengatasi masalah kekurangan pekerja terutama dalam sektor perladangan dan pertanian.

Industri sawit merupakan sektor pertanian termaju yang mempunyai kedudukan yang strategik dalam ekonomi Malaysia di segi penjanaan pendapatan eksport (RM 65 billion) dan di bidang sosial dengan memberi sara hidup pekerja ladang dan kilang, peneroka dan pekebun kecil (2 juta isi keluarga). Justeru, industri sawit perlu dikekalkan untuk terus berkembang dalam menjana pertumbuhan ekonomi ketiga bagi menunaikan tanggungjawab ekonomi dan sosial negara pada masa hadapan.

Sejajar dengan itu, industri sawit wajar diberi perhatian khususnya dalam pertimbangan asas untuk mengatasi masalah yang dihadapi sekarang dan bagi merancang kesinambungan pertumbuhannya pada masa hadapan. Sekiranya tidak diberi perhatian, prestasi industri sawit akan terjejas dan mampu memberi implikasi negatif terhadap pembangunan ekonomi negara.

Masalah Industri Sawit

Namun begitu, Industri sawit dijangka akan menghadapi masalah pertumbuhan pada masa hadapan kerana kekurangan tenaga kerja untuk menggerakkannya. Hal ini disebabkan kerana kurangnya minat dalam kalangan tenaga kerja tempatan sementara kemajuan dalam teknologi telah mencapai kemajuan di peringkat hiliran tetapi masih terhad di peringkat huluan. Peranan pendatang asing sebagai tenaga kerja akan menjadi faktor penting pada masa hadapan kerana dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja di bidang pertanian, mahupun perladangan.

Bilangan kemasukan pendatang asing ke Malaysia saban hari semakin meningkat. Hal ini berlaku kerana hidup ataupun punca lain yang menyebabkan mereka perlu berhijrah dari negara asal. Walau bagaimanapun, hal ini juga memberi manfaat kepada Malaysia.

Antara kebaikan akibat kedatangan pendatang asing ke Malaysia :

1) Pertukaran teknologi
Kedatangan pekerja asing contohnya tenaga buruh mahir dan separuh mahir ke Malaysia membolehkan negera mempelajari dan memperoleh teknologi baru melalui program usahasama yang dilakukan oleh pihak kerajaan atau organisasi tertentu.

2) Menaikkan imej negara
Kedatangan rakyat asing ke Malaysia juga dapat membantu mempromosikan negara ke pentas dunia. Contohnya mempromosikan tentang keindahan flora dan fauna yang terdapat disini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancong negara untuk terus berkembang.

3) Dapat meningkatkan produktiviti negra
Kemasukan pendatang asing ke negara ini telah menyebabkan penawaran tenaga buruh di Malaysia bertambah dan secara tidak langsung dapat membantu negara meningkat lagi produktiviti yang sedia ada untuk keperluan global.

Kesimpulannya, terdapat kesan negatif dan positif hasil kemasukan pendatang asing ke Malaysia. Pihak kerajaan haruslah memastikan kemasukan pendatang tanpa izin dapat dikawal dan mengikut keperluan negara. Sumber 1 & 2