Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Cuti Sakit

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah Cuti Sakit. Hendak Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Cuti Sakit? Berikut disertakan contoh surat rasmi memohon cuti daripada pihak sekolah sekiranya pelajar tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah tanpa sijil sakit ataupun atas alasan lain yang kukuh/ munasabah. Surat rasmi memohon cuti sekolah ini penting dalam memastikan rekod berhenti sekolah pelajar nanti berada dalam keadaan yang baik dan tidak mempunyai rekod kesalahan ponteng sekolah. Oleh itu pelajar boleh menjadikan contoh surat yang dikongsikan di bawah ini sebagai satu panduan untuk membuat satu Surat Rasmi yang terbaik.

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah
Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Cuti Sakit

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Cuti Sakit

Surat Rasmi Contoh 1

Muhamad Kamarul Bin Ahmad

Blok A-13 ,Taman Pauh Indah,

10358 Kangar

Perlis.

___________________________________________

Guru Kelas 5 Cempaka

Sek. Keb. Tanjong Jejawi

SEE ALSO  Cara Padam Gambar Sensitif Di Google Street View

Jalan Raja Putra,

10560, Ulu Pauh

Perlis. 28/07/2012

Tuan/ Puan,

PER: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk pernyataan diatas , saya Ahmad Bin Latif waris penjaga Muhamad Kamarul B. Ahmad ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 27/07/2012 .

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam yang bermula 26/07/2012 setelah pulang dari sekolah.

3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 26/07/2012 berikutan demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor djchef bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.

Saya ingin meminta maaf diatas kejadian dan berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,

(Ahmad Bin Latif)

 

Contoh 2

Khasidah bt. Mokhtar,

471, Batu 5 ½,

SEE ALSO  Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2016

Jalan Gombak,

53100 KL.

_____________________________________________________
Kepada,

Guru Tingkatan 3 Zuhrah,

SMK Setapak Indah,

Jalan 2/6, Setapak Indah,

53100 Kuala Lumpur. 16 Julai 2012

Puan,

TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Saya, penama seperti di atas ialah ibu kepada Muhammad Izzat Amir b. Mahmud, pelajar Tingkatan 3 Zuhrah. Saya ingin memaklumkan bahawa anak saya telah tidak hadir ke sekolah pada 16 Julai 2012.
2. Hal ini adalah disebabkan dia mengalami gangguan pernafasan, susulan penyakit asma yang dialami sejak kecil. Ketidakhadirannya sebelum ini selama dua hari berturut-turut juga disebabkan masalah yang sama.

Saya harap Cikgu memahami masalah anak saya. Saya juga berharap anak saya tidak ketinggalan dalampelajaran berikutan ketidakhadirannya. Kerjasama Cikgu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(KHASIDAH BT. MOKHTAR)

Semoga Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Cuti Sakit ini bermanfaat dan bileh dijadikan panduan kepada yang memerlukannya.

SEE ALSO  SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*