Semakan E-Penyata Gaji Online Kakitangan Awam Malaysia. E-Penyata Gaji Online merupakan satu kemudahan online yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Akaun Negara Malaysia (ANM) bagi membolehkan Kakitangan Awam Kerajaan untuk membuat Semakan Penyata Gaji Online. Tarikh pembayaran gaji kakitangan awam tahun 2016 boleh dirujuk di Jadual Gaji.
- Jadual Pembayaran Pencen 2016 untuk pesara Kakitangan Kerajaan sila klik Bayaran Pencen 2016
- Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam bermula 1 Julai 2016 boleh dirujuk di Rasionalisasi Perkhidmatan Awam 2016
Semakan Penyata Gaji Online (E-Penyata)
E-Penyata Gaji Online ternyata memberikan kemudahan serta dapat mempercepatkan proses mendapatkan penyata gaji secara individu berbanding menggunakan kaedah lama yang hanya dikeluarkan sekali sebulan.
Berikut dikongsikan panduan cara-cara membuat semakan penyata gaji secara online:-
1) Pendaftaran Pengguna Baru
Sila buat pendaftaran dulu kepada mereka yang merupakan seorang pengguna baru, sebelum dapat menggunakan applikasi semakan ini. Klik pautan “Pertama Kali Mendaftar” untuk membuat pendaftaran.
2) Cara Buat Semakan Slip Gaji Online
Setelah urusan pendaftaran selesai, anda boleh mengakses sistem dengan log in menggunakan maklumat-maklumat seperti dipaparkan, contoh No. Kad Pengenalan / No. Pasport, No. Gaji, Kata Laluan dan Soalan Keselamatan
- Klik masuk ke Laman ANM
- Pilih e-penyata Gaji & Laporan
Kakitangan awam atau kerajaan boleh juga membuat semakan laporan pendapatan tahunan melalui E-Penyata Gaji Online.
Cara Hubungi
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi JANM melalui email di [email protected] atau menghubungi talian telefon di 03-88821000.
Semoga semakan Penyata Gaji Online ini bermanfaat dan dapat memudahkan Kakitangan Awam di Malaysia dalam merancang kewangan seperti membuat pinjaman, bercuti dan sebagainya.