Permohonan Skim Bantuan Perkahwinan Baitulmal MAIWP Online. Anda berhajat ingin berkahwin dan memerlukan bantuan? Berita baik buat Warga Wilayah Persekutuan kerana terdapat satu skim bantuan yang ditawarkan iaitu Permohonan Bantuan Perkahwinan Baitulmal MAIWP. Skim bantuan perkahwinan ini bertujuan untuk membantu asnaf di Wilayah Persekutuan bagi mendirikan rumahtangga. Bantuan ini boleh dipohon sebelum majlis akad nikah atau dalam tempoh 3 bulan dari tarikh akad nikah.
Borang Permohonan Bantuan Perkahwinan Baitulmal MAIWP
Berikut dikongsikan cara-cara membuat Permohonan Bantuan Perkahwinan Baitulmal MAIWP meliputi Borang permohonan, syarat umum dan senarai semakan.
Syarat Umum Permohonan
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
Had al-Kifayah
Had al-Kifayah merupakan pengiraan yang digunakan dalam menentukan kelayakan pemohon untuk menerima bantuan zakat. Ia mengambil kira keperluan asasi yang diperlukan oleh seseorang untuk meneruskan kelansungan hidup. Bagi setiap elemen keperluan asasi, satu kadar yang paling minimum diletakkan.
Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.
Senarai Semak Permohonan Skim Bantuan Perkahwinan
Perhatian buat semua pemohon, sila pastikan semua keperluan dan dokumen yang dikehendaki adalah lengkap seperti berikut:-
- 1. Satu keping gambar berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
- 2. Satu salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- 3. Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan / surat pengangkatan JPN /
akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang
telah berkahwin / bekerja)* - 4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini
suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua
kampung (WP Labuan sahaja) - 5. Satu salinan sijil kematian suami / isteri bagi perkahwinan terdahulu.*
- 6. Satu salinan kad memeluk Islam.*
- 7. Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.*
- 8. Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
- 9. Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.*
- 10. Satu salinan cukai pintu / bil utiliti.
- 11. Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji, ASB, Bank ar-Rajhi dan Bank Agro (WP Labuan sahaja)
- 12. Satu salinan sijil kursus pra-perkahwinan pemohon dan pasangan.
- 13. Satu salinan borang permohonan kebenaran perkahwinan pemohon dan pasangan yang telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (bagi permohonan sebelum bernikah sahaja).*
- 14. Surat akuan sumpah pengesahan bujang / pengesahan bujang dari majikan (bagi
permohonan selepas bernikah sahaja).* - 15. Satu salinan sijil nikah sementara / kad nikah (bagi permohonan selepas bernikah sahaja).*
*Jika Berkenaan
Borang Permohonan Bantuan
Bantuan Maklumat bantuan serta borang permohonan boleh didapati dari pautan BORANG PERMOHONAN BANTUAN MAIWP
Berikut adalah senarai semak permohonan Bantuan Perkahwinan Baitulmal MAIWP – Klik MAIWP
Selamat membuat Permohonan Bantuan Perkahwinan Baitulmal MAIWP. Semoga permohonan anda berjaya.