Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2017

Tema Umum Sejarah Kertas 3 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017. Apakah tema umum Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2017? Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua adalah tema umum Sejarah Kertas 3 SPM 2017. Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa adalah tema tahun lepas.

Dikongsikan dari makluman Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPM telah dikeluarkan sebagai persediaan kepada pelajar untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3. Untuk makluman peperiksaan SPM akan diadakan pada 6 November hingga 4 Disember 2017.

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2017

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM Tahun 2017

Berikut dikongsikan Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2017 :-

Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua.

Sebelum Perang Dunia Kedua, hampir semua wilayah Asia Tenggara dikuasai oleh penjajah Barat kecuali Thailand. Belanda menguasai kepulauan Indonesia. British menguasai Burma (Myanmar), Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Amerika Syarikat merampas Filipina daripada Sepanyol. Perancis menguasai IndoChina. Portugis menduduki sebahagian pulau Timor-Timur.

Adalah diingatkan, calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum Sejarah ini dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan yang sebenar. Calon juga boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.

Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan serta mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.

  • Pelajar boleh memuaturun arahan/ panduan Tema Umum Sejarah Kertas 3 dalam PDF di LPM.
  • Tema Umum tahun 2016 : Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa
  • Mata Pelajaran : Kertas 3 Sejarah (1249/3)

Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

  • Dasar luar negara tidak statik. Secara asasnya, pembentukannya ialah proses yang dinamik. Oleh itu dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah.

Senarai Tema Umum Sejarah Kertas 3

Berikut dikongsikan senarai tema umum Sejarah Kertas 3 SPM dan SPMU tahun ini dan beberapa tahun lepas :-

SPM

  • Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua (2017)
  • Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa (2016)
  • Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua (2015) : Klik skema jawapan
  • Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Skema Jawapan

SPMU

  • Tamadun Awal Manusia (2017)
  • Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara (2016)

Untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM hujung tahun ini, selamat mengulangkaji pelajaran. Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2017.