Permohonan UPSI Online Februari 2018

Permohonan Kemasukan Ke UPSI Februari 2018 Online. Cara memohon kemasukan ke UPSI? Makluman kepada pelajar lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma yang berminat untuk menyambung pengajian tinggi di Universiti Awam (UA). Dikongsikan dari Facebook Bahagian Hal Ehwal Akademik Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI), Permohonan UPSI Online ke program Ijazah Sarjana Muda UPSI sesi Februari 2018 untuk Lepasan STPM/ Setaraf akan di buka bermula dari 9 Oktober 2017 (Isnin) selepas jam 500 petang.

Untuk makluman, sebanyak 28 program Ijazah Sarjana Muda ada ditawarkan untuk sesi kemasukan Februari 2018 untuk Lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma UA /DIPLOMA US/ DVM / DKM / DLKM dan setaraf.

Permohonan UPSI Online Februari 2018

Permohonan UPSI Online Sesi Februari 2018

Untuk panduan, berikut adalah maklumat penting berkaitan dengan Permohonan Kemasukan ke UPSI sesi Februari 2018.

  • Tarikh Buka : 9 Oktober 2017 selepas jam 500 petang (Isnin)
  • Tarikh tutup permohonan : 3 November 2017 (Jumaat)
  • PIN BITARA ID IJAZAH SARJANA MUDA RM26.06 (Pin Bitara ID Ijazah Sarjana Muda akan mula dijual pada 9 Oktober 2017 di Semua Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Tips Panduan Memohon

  • Kenalpasti program yang ditawarkan
  • Semak syarat program yang ingin dipohon
  • Jika berminat dan layak, sila beli BITARA ID IJAZAH SARJANA MUDA di BSN  dengan harga RM26.06
  • Membuat permohonan secara online/ semak kelayakan di www.upsi.edu.my/online
  • Pemohon boleh mula mengakses sistem permohonan kemasukan mulai 9 Oktober 2017 (Isnin)
  • Sila pastikan no Bitara ID Ijazah yang dibeli adalah tertera di Slip Pembelian sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no Bitara TIADA pemulangan bayaran.
  • Permohonan yang lewat tidak akan diproses dan permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 5 Mac 2018 (minggu keempat kuliah) dianggap tidak berjaya

Syarat Am Kemasukan Ke UPSI

Berikut adalah syarat am kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda di UPSI :-

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/Setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

DAN

  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan:
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;

ATAU

  • Lulus Matrikulasi/Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

ATAU

  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid;

ATAU

  • Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50;

DAN

  • Memiliki Sijil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Satu (1)/Band Satu (1).

Program Pengajian Yang Ditawarkan

Program-program pengajian yang ditawarkan bagi sesi kemasukan UPSI Februari 2018 boleh dirujuk di KURSUS.

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-

  • Unit Kemasukan,
    Bahagian Hal Ehwal Akademik,
    Bangunan Canselori,
    Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
    Universiti Pendidikan Sultan Idris,
    35900 Tanjong Malim Perak

Semakan Keputusan UPSI Februari 2018 Online

  • Untuk tahun 2018, akan dikemaskini.

Untuk makluman, semakan Jaya Kemasukan ke UPSI bagi lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2016/2017 (Februari) boleh mula di buat pada 16 hingga 27 Januari 2017. Semakan dan tarikh penting UPSI ambilan Februari 2017 boleh dirujuk dibawah ini:-

  • Semakan Panggilan Temuduga bukan pendidikan dan Ujian MEDSI : 23 November hingga 3 Disember 2016
  • Ujian MEDSI dan Temuduga Bukan Pendidikan : 30 November hingga 3 Disember 2016
  • Semakan panggilan temuduga pendidikan : 21 Disember hingga 6 Januari 2017
  • Temuduga dan Ujian Khas Pendidikan : 3 hingga 6 Januari 2017
  • Hebahan jaya kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda (ISM) : 16 hingga 27 Januari 2017
  • Pendaftaran Pelajar : 5 Februari 2017

Tarikh penting Permohonan UPSI Februari 2017
* Perubahan tarikh adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dari semasa ke semasa.

Maklumat terkini Permohonan UPSI online sesi pengambilan Februari 2018 untuk Program Ijazah Sarjana Muda boleh dirujuk di Facebook Bahagian Hal Ehwal UPSI. Selamat membuat permohonan dan semoga anda berjaya mencapai cita-cita melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam..