Cara Menghargai Masa Karangan BM

Contoh Karangan Cara Menghargai Masa.Berikut dikongsikan contoh karangan Bahasa Melayu (BM) yang bertajuk Cara Menghargai Masa buat panduan pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan awam tahun 2016 nanti.

Cara Menghargai Masa
Contoh Karangan

Cara Menghargai Masa

Masa itu ibarat emas, kita perlulah menghargai masa kerana masa amat berharga dan tidak akan kembali lagi. Penggunaan masa yang tidak betul akan memberikan kesan negatif dalam kehidupan kita. Terdapat pelbagai cara untuk kita menghargai masa. Pertama, kita perlulah meluangkan masa bersama keluarga. Contohnya, pada waktu pagi, saya dan keluarga melakukan aktiviti di taman permainan seperti bermain buaian, berjoging dan sebagainya. Pada waktu petang pula, saya dan keluarga menonton televisyen bersama-sama.

Kedua, cara menghargai masa ialah melakukan aktiviti yang berfaedah. Contohnya, kita boleh menolong ibu bapa seperti mengamas rumah dan membasuh kereta. Selain itu, kita juga boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti riadah seperti bermain bola dan hobi bercucuk tanam.

Cara menghargai masa yang ketiga adalah dengan membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Selain itu, kita harus mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan yang akan datang. Tambahan pula, kita juga boleh meningkatkan kemahiran manghafal sifir dalan subjek matematik.

Kesimpulannya, kita perlulah menghargai masa supaya hidup kita lebih teratur dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Akhir kata, sentiasalah menghargai masa untuk kesejahteraan hidup kita.