Fakta Menarik Jambatan Pulau Pinang Kedua

Fakta Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Penang. Berikut adalah Fakta Menarik Jambatan Pulau Pinang Kedua. Jambatan Pulau Pinang Kedua (JPP2) atau nama rasminya, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah mengambil masa kira-kira enam tahun untuk dibina dan telah dirasmikan pada 1 Mac 2014.

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah adalah sebuah jambatan tol jalan raya di Pulau Pinang, Malaysia yang telah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014. JPP2 menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung. Ianya merupakan jambatan kedua yang menghubungkan pulau ke tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Penang

Fakta Menarik Jambatan Pulau Pinang Kedua (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Penang)

Berikut adalah diantara fakta menarik Jambatan Pulau Pinang Kedua buat mereka yang tidak tahu akan kehebatannya:-

  1. Jambatan yang dibina dengan kos RM4.5 bilion merentangi sepanjang 24 km dengan 16.9km di atas laut yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di Pulau.
  2. Ia dijangka dapat mengurangkan 25 peratus kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang.
  3. Pembinaan bermula pada tahun 2008 dan siap pada tahun 2014
  4. Jambatan terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara

Berikut adalah fakta-fakta menarik tentang jambatan ini yang dipaparkan melalui grafik yang jelas di bawah ini.

Fakta Menarik Jambatan Pulau Pinang Kedua
Info Grafik kredit to Astro Awani

Kadar Harga Tol Jambatan Pulau Pinang Kedua

Berikut adalah harga tol yang dikenakan kepada pengguna yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang Kedua (JPP2) atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Penang. Kadar harga yang dikenakan adalah mengikut kelas kenderaan :-

  1. Motorsikal (Kelas C) : RM1.70
  2. Kereta (Kelas 1) : RM8.50
  3. Kelas 2 : RM30.50
  4. Kelas 3 : RM70.10
  5. Teksi (Kelas 4) : RM8.50
  6. Kelas 5 (Bas) : RM26.20

Sumber Jambatan Kedua

Semoga pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Penang mampu mengelakkan kesesakan lalu lintas ke Pulau Pinang.