Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2017 Malaysia

Tema Hari Kebangsaan 2017 Malaysia Dan Logo Sambutan. Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan atau dikenali juga sebagai Hari Kebangsaan pada tarikh 31 Ogos setiap tahun. Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan, tema dan logo akan diperkenalkan. Untuk tahun 2017, Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2017 Malaysia adalah “Negaraku Sehati Sejiwa”.

Sambutan Hari Kemerdekaan 2017 peringkat kebangsaan akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 hb Ogos 2017. Hari Malaysia 2017 pula akan diadakan di Kota Kinabalu Sabah, Untuk makluman, Tema tahun lepas 2016 pula adalah Sehati Sejiwa.

Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2017 Malaysia

Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2017 (Sambutan Hari Kemerdekaan)

Berikut dikongsikan sedikit maklumat berkaitan sambutan Hari Kebangsaan 2017 meliputi maklumat tema, logo, lagu tema dan lokasi sambutan peringkat kebangsaan. Juga dikongsikan maksud tema “Negaraku Sehati Sejiwa”.

Tema Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Untuk tahun 2017, tema sambutan Hari Kemerdekaan yang dipilih adalah “Negaraku Sehati Sejiwa”.

Pemilihan tema menurut Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak adalah bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.

Antara lain pemilihan tema adalah untuk mendidik rakyat Malaysia betaa sukarnya dalam mencapai kemerdekaan. Rakyat perlu terus memastikan agar semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai dalam memastikan negara lebih gemilang.

Tarikh Dan Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Sambutan akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2017 yang merupakan tarikh cuti umum di Malaysia. Hari Malaysia pula akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September 2017.

Logo Hari Kebangsaan 2017

Logo sambutan Hari Kemerdekaan 2017 dengan tema “Negaraku Sehati Sejiwa” adalah seperti yang dikongsikan pada gambar diatas.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2017 buat rakyat Malaysia. Ingat bersatu pada dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia adalah kunci penting dalam membentuk sebuah negara yang terus makmur dan maju. Tanpa ini, negara akan tidak aman dan terus mundur. Selamat Hari Kemerdekaan 2017,