Kadar Bayaran Tol Lebuhraya Pantai Timur 2. Harga tol LPT2, kadar bayaran Tol LPT2 murah atau mahal? Umum sedia malam yang kutipan tol untuk Lebuhraya Pantai Timur 2 sepanjang 184km laluan/ jajaran dari Jabor (Pahang) ke Kg Gemuroh (Terengganu) telah dilaksanakan mulai 15 Julai 2016 (jam 12.01 malam). Lebuhraya LPT2 merupakan lebuhraya 4 lorong dua hala yang dilengkapi dengan kemudahan 10 persimpangan bertingkat, 3 kawasan rehat dan rawat (R&R) beserta 2 hentian sebelah.
Kadar Bayaran Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2
Berikut adalah kenyataan media dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengenai kutipan tol di LPT2.
Kadar bayaran tol LPT2 dikira berdasarkan jarak perjalanan oleh pengguna seperti berikut :-
- 12 sen per km untuk kenderaan kelas 1 (Kereta)
- RM19.70 untuk perjalanan dari Plaza Tol Cheneh ke Plaza Tol Kuala Terengganu dan sebaliknya
- Kadar bayaran tol sepenuhnya boleh dirujuk di LPT2
Senarai Plaza Tol Di LPT2
Berikut adalah senarai 10 buah plaza tol yang terdapat di LPT2 :-
- Plaza Tol Cheneh
- Pl Tol Chukai
- Plaza Tol Kijal
- Pl Tol Kerteh
- Plaza Tol Paka
- Pl Tol Kuala Dungun
- Plaza Tol Bukit Besi
- Pl Tol Ajil
- Plaza Tol Telemong
- Plaza Tol Kuala Terengganu
Peta Laluan/ Jajaran LPT2
Berikut adalah peta laluan LPT2. Untuk makluman, pelaksanakan operasi, penyelenggaraan dan kutipan tol di LPT2 akan dilaksanakan oleh Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT 2 Sdn Bhd), sebuah syarikat milik penuh PLUS Berhad yang telah dilantik oleh kerajaan.
Semoga Lebuhraya Pantai Timur2 (LPT2) memudahkan perjalanan ke Pantai Timur. Dan diharapkan kadar bayaran tol yang dikenakan berbaloi dengan tahap kualiti lebuhraya.