Jadual Tarikh Peperiksaan UPKK 2025. Peringatan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di Tahun 5. Peperiksaan bertulis UPKK tahun 2025 akan diadakan dari 17 hingga 20 November 2025. Berikut adalah Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2025 (Ujian Penilaian Kelas KAFA) buat panduan semua.
Matlamat peperiksaan UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian. Iaitu dalam Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
UPKK adalah peperiksaan yang diselaraskan di seluruh Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk murid tahun lima (5) di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM.
Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2025 (Ujian Bertulis. Amali Dan Lisan)
Berikut adalah Jadual Peperiksaan Bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2025 buat panduan pelajar semua. Perkongsian Jadual adalah untuk Peperiksaan Bertulis, amali dan lisan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2025.
Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (UPKK) & Ihtbat Kafa Pratahfiz (IKP) Tahun 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menetapkan Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) bagi Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 bermula pada 17 hingga 20 November 2025 serta Ithbat KAFA Pratahfiz (IKP) Tahun 2025 bermula pada 18 hingga 21 Ogos 2025.
A. Ujian Amali Solat
- 7 April hingga 12 September 2025 (Waktu persekolahan)
B. Penghayatan Cara Hidup Islam
- 7 April hingga 12 September 2025 (Waktu persekolahan)
C. Ujian Al-Quran
- 22 September hingga 17 Oktober 2025 (Waktu persekolahan)
E. Ujian Bertulis UPKK seperti berikut :-
Tarikh Ujian Bertulis UPKK tahun 2025 adalah dari 17 hingga 20 November 2025 seperti berikut.
17 November 2025 (ISNIN)
- Akidah : 2.30 hingga 3.45 petang
- Adab : 4.15 hingga 5.30 petang
18 November 2025 (SELASA)
- Ibadah : 2.30 hingga 3.45 petang
- Jawi dan Khat : 4.15 hingga 5.30 petang
19 November 2025 (RABU)
- Sirah : 3.00 hingga 4.15 petang
20 November 2025 (KHAMIS)
- Bahasa Arab: 3.00 hingga 4.15 petang
Grafik Jadual
Sila rujuk di Facebook JAKIM untuk paparan jadual yang lebih jelas.
Diucapkan selamat mengulangkaji pelajaran dan menduduki peperiksaan UPKK 2025. Semoga anda akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPKK kali. Keputusan UPKK dijangkakan akan diumumkan pada hujung tahun ini.