Semakan IPU Indeks Pencemaran Udara Terkini

Semak IPU Jerebu Terkini Online. Nak tahu berapa bacaan IPU terkini di tempat anda ketika ini, tidak kira musim jerebu atau tidak? Kini lebih mudah, orang ramai kini boleh membuat Semakan IPU Indeks Pencemaran Udara Terkini Malaysia secara online dengan melayari Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar. Tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bergantung kepada nulai tinggi dan rendah. Semakin tinggi nilai bacaan, maka semakin teruklah tahap kualiti udara di sesuatu kawasan. Berikut adalah cara-cara membuat semakan IPU Terkini Malaysia yang boleh disemak secara online.

Semakan IPU Indeks Pencemaran Udara Terkini
Semakan IPU Indeks Pencemaran Udara Terkini

Semakan IPU Indeks Pencemaran Udara Terkini

Anda boleh membuat Semakan IPU Terkini Malaysia di link applikais semakan di bawah ini :-

Orang ramai juga merujuk kepada laman peta yang dikongsikan di bawah ini atau klik Semak Bacaan IPU Malaysia melalui AQICN

Status Bacaan IPU

Petunjuk kepada kualiti udara sesuatu kawasan samada baik atau sebaliknya bergantung kepada jumlah bacaan seperti berikut :-

  • 1) 0 dan 50 dikategori sebagai baik
  • 2) 51 hingga 100 (sederhana)
  • 3) 101 hingga 200 (tidak sihat)
  • 4) 201 hingga 300 (sangat tidak sihat)
  • 5) 300 ke atas (berbahaya)

DOA KETIKA CUACA BURUK ( JEREBU )
اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ، وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ، وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ.

Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya, Dan kami memohon denganMu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya.

Hadith Nabi riwayat Imam Muslim, Tirmizi, Ibnu Abi Syaibah dan selainnya

Sumber FB Jab Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Semoga perkongsian cara-cara membuat Semakan IPU Indeks Pencemaran Udara Terkini Jerebu di kawasan tempat tinggal anda ini bermanfaat buat semua. Semoga udara di persekitaran kita berada dalam keadaan yang sihat setiap masa.