Semakan Keputusan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam

Semakan Keputusan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 Online. Tahniah kepada mereka yang berjaya dipanggil untuk menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29. Menerusi makluman FB SPA, semakan nama yang layak/ dipanggil untuk menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 boleh disemak secara online. Peperiksaan akan diadakan pada hari Selasa, 6 Disember 2016 bermula jam 800 malam sehingga 1015 malam. Tarikh Semakan Keputusan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam pula adalah pada hari Selasa, 13 Disember 2016 jam 500 petang menerusi pengumuman rasmi dari Portal SPA.

Semakan Keputusan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
Semakan Keputusan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 Online

Semakan Keputusan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 Online

Untuk makluman, peperiksaan online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 akan dijalankan secara online selama 2 jam 15 minit. Masa adalah dari jam 800 sehingga 1015 malam pada hari Selasa, 6 Disember 2016 Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan semakan nama layak menduduki dan semakan keputusan peperiksaan.

SEE ALSO  Contoh Jadual Kerja Dan Carta Alir Tugasan Geografi PT3 2014

A. Semakan Peperiksaan Online (Senarai Nama Dipanggil)

B. Semakan Keputusan Peperiksaan PPEHEIS29

Untuk maklumat lanjut berkaitan SPA meliputi tarikh peperiksaan & temuduga dan semakan keputusan, sila layari Laman Facebook SPA.

Semakan Keputusan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
Semakan Keputusan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Online

Maklumat Jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29

Sebagai panduan, berikut dikongsikan maklumat jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 yang dikongsikan dari Portal Rasmi SPA.

  • Kumpulan : Pelaksana
  • Kementerian/ Jabatan : Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka Pulau Pinang dan Perlis.

Jadual Gaji

  1. GAJI MINIMUM : RM1,493.00
  2. GAJI MAKSIMUM : RM5,672.00
  3. KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 145.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.  (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
  • Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95); atau
SEE ALSO  Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2016

Syarat Bahasa Melayu

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
  • lulus Peperiksaan Khas; dan

Had umur pelantikan

  1. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. Umur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
SEE ALSO  Permohonan MRSM Tingkatan 1 2017 Online

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan penyelidikan atas perkara, masalah atau isu berkaitan dengan aqidah yang ditimbulkan oleh Kerajaan, pertubuhan, orang awam dan juga sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan dari semasa ke semasa.

Selamat berjaya buat mereka yang menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29. Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan online ini nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*