Semakan Keputusan UPKK 2019 Online & SMS

Cara Semak Keputusan Peperiksaan UPKK 2019 Online Dan SMS. Panduan buat murid tahun lima (5) di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang telah menduduki peperiksaan UPKK. Semakan Keputusan UPKK 2019 Online (Ujian Penilaian Kelas KAFA) boleh disemak pada 18 Disember 2019. Bermula pada tahun 2017, JAKIM telah memperkenalkan kaedah baru bagi mengetahui dengan lebih cepat dan pantas keputusan UPKK iaitu dengan membuat semakan keputusan UPKK secara online dan SMS.

Calon dinasihatkan untuk merujuk kepada FB Bahagian Kemajuan Islam (BKI) JAKIM untuk pengumuman penting peperiksaan.

Semakan Keputusan UPKK 2018 Online

Semakan Keputusan UPKK Tahun 2019 Online Dan SMS

Peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) 2018 telah diadakan pada Oktober 2019 yang lalu. Keputusan peperiksaan UPKK tahun 2016 telah diumumkan pada 15 Februari 2017. Untuk tahun 2015 pula, ianya telah diumumkan oleh JAKIM pada pagi 15 Januari 2016 (Jumaat). Berikut adalah maklumat berkaitan semakan keputusan UPKK 2019 secara online dan SMS untuk panduan pelajar dan ibu bapa.

Tarikh Semakan

  • 2019 : 18 Disember 2019 (1100 pagi ) sehingga 25 Disember 2019 (1100 pagi)
  • 2018 : 18 Disember 2018 (1100 pagi ) sehingga 25 Disember 2018 (1100 pagi)
  • 2017 : 29 Februari (1100 pagi ) sehingga 5 Februari 2018 (500 petang)
  • 2016 : 15 Februari (1100 pagi ) sehingga 21 Februari 2017 (1100 pagi)

Link Applikasi Semakan

Semakan Secara SMS

Keputusan UPKK 2018 juga boleh disemakan melalui SMS. Semakan SMS  boleh dibuat bermula jam 1100 pagi pada 18 Disember 2018 (Hari Selasa).

Cara Buat Semakan

  • UPKK <jarak> RESULT <Jarak> NoMYKID dan SMS ke 15888
  • Contoh mesej penghantaran : UPKK RESULT 060515036884

atau

  • UPKK <jarak> RESULT <jarak> NoPengenalanKhas dan SMS ke 15888
  • Contoh mesej penghantaran UPKK RESULT BS76517

Nota

  1. Pastikan No MyKid/No Sijil Lahir seperti mana yang didaftarkan dalam peperiksaan
  2. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi
  3. Caj Penghantaran adalah RM0.15 dan Caj Penerimaan RM0.20 (Tidak termasuk GST).
  4. Perkhidmatan tersedia bagi Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX

Kepada calon UPKK 2019, semoga anda berjaya lulus dengan cemerlang. Selamat membuat semakan keputusan secara online dan SMS yang diperkenalkan buat pertama kali tahun 2017.