Niat Puasa Hari Asyura Dan Tasu’a Muharram. Niat Puasa sunat Bulan Muharram dan bilakah tarikh berpuasa? Berikut dikongsikan Niat Puasa Hari Asyura – 10 Muharram dan Hari Tasu’a – 9 Muharram sebagai panduan dan rujukan buat umat Islam semua. Umat Islam disunatkan untuk berpuasa pada 9 (Hari Tasu’a), 10 (Hari Asyura) dan 11 Muharram, bulan pertama dalam Kalendar Islam.
Tarikh Dan Niat Puasa Hari Asyura Dan Tasu’a Bulan Muharram
Asyura berasal perkataan Arab iaitu ‘Asyarah yang bermakna sepuluh. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah SAW. bersabda, maksudnya:
“Berpuasalah kamu pada hari `Asyura’ dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.”
Berikut adalah tarikh berpuasa hari Tasu’a dan Hari Asyura dalam Bulan Muharram tahun 2016 :-
Isnin : 10 Oktober 2016
- Puasa Sunat 9 Muharam (Tasu’a) dan Puasa Sunat Hari Isnin
Selasa : 11 Oktober 2016
- Puasa Sunat 10 Muharram (Asyura)
Rabu : 12 Oktober 2016
- Puasa Sunat 11 Muharram
Berikut adalah niat puasa sunat dalam bulan Muharram.
A. Niat puasa Hari Kesembilan Muharam (Hari Tasu’a)
B. Niat puasa Hari Kesepuluh Muharam (Hari Asyura)
Sumber : Bahagian Dakwah JAKIM & Shafiqolbu
Semoga perkongsian Niat Puasa Hari Asyura Dan Tasu’a Muharram ini bermanfaat buat semua. Selamat berpuasa sunat Hari Asyura dan Hari Tasu’a di Bulan Muharram.