Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2025

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Tahun 2025. Perhatian kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Ulangan (SPMU). Untuk makluman tarikh peperiksaan SPMU 2025 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (U) hanya melibatkan maksima 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Pendaftaran Calon persendirian yang ingin menduduki peperiksaan 2025, anda boleh berbuat demikian pada Mac hingga Mei 2025.

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2025 (RASMI)

Tarikh Pendaftaran peperiksaan SPMU sesi Jun dan November akan dibuka secara serentak di Portal Rasmi MPM bermula dari

  • Fasa 1 SPMU : 1 Mac – 31 Mac 2025
  • Fasa 2 SPMU : 1 Mei – 15 Mei 2025

Peperiksaan sesi pertama akan diadakan pada bulan Jun (Julai) dan sesi kedua pula pada bulan yang sama exam SPM diadakan.

Untuk pelajar calon persendirian dan ingin mendaftar peperiksaan SPMU, boleh berbuat demikian pada masa yang telah ditetapkan seperti di atas. Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Berikut dikongsikan maklumat tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) buat rujukan pelajar. Jadual lengkap beserta tarikh, masa dan mata pelajaran akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tarikh Peperiksaan SPMU 2025

Sesi Jun

  • Ujian Bertutur : 16 & 17 Julai 2025
  • Ujian Bertulis : 15, 16 & 17 Julai 2025

Sesi November

  • Maklumat lengkap peperiksaan sesi November akan diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia boleh dirujuk di pautan berikut :-
    • LP – November

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPMU 2025


Nota Dan Arahan Peperiksaan

Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan :-

  1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis, ujian mendengar atau melaksanakan ujian bertutur akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor hospital kerajaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPMU 2025
  2. Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM 30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos
  3. Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya
  4. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2025 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon

Download Jadual

  • Link muat turun Jadual waktu Peperiksaan SPMU dalam PDF akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh LP Malaysia.

Selamat menghadapi peperiksaan. Semoga jadual peperiksaan SPMU boleh dijadikan panduan dalam merancang ulangkaji mata pelajaran. Moga calon peperiksaan berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.