Tema Sambutan Maulidur Rasul 2024/ 1446H. Bilakah tarikh dan Tema Maulidur Rasul 2024/ 1446H? Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu tarikh keramat/ istimewa dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Tarikh Maulidur Rasul atau Maulid Nabi tahun 2024 bersamaan dengan tahun 1446 Hijrah akan disambut pada hari Isnin, 16 September 2024.
Tema yang dipilih tahun ini adalah “Al Falah Pemacu Malaysia Madani”. Tema tahun lepas adalah adalah “Perpaduan Teras Malaysia Madani”. Tarikh penting Maulidur Rasul boleh dirujuk pada Kalendar Islam 2024 JAKIM. Maulidur Rasul merupakan tarikh hari cuti umum buat rakyat Malaysia.
Tema Maulidur Rasul 2024 Bersamaan Dengan Tahun 1446H
Setiap tahun, sambutan Maulidur Rasul akan mempunyai tema sambutan. Tidak terkecuali untuk 2024, berikut dikongsikan tema Maulidur Rasul untuk panduan semua umat Islam di Malaysia.
- Tahun 2024 : Al Falah Pemacu Malaysia Madani
- 2023 : Perpaduan Teras Malaysia Madani
- Tahun 2022 : Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran
- 2021 : Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti
- Tahun 2020 : Ummah Rabbani Negara Harmoni
- 2019 : Negara Rahmah, Ummah Sejahtera
- Tahun 2018 : Menyantuni Umat Membawa Rahmat
- 2017 : Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara
- Tahun 2016 : “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”
- 2015 : “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”
- Tahun 2014 : “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”
Hukum Menyambut Maulid Nabi?
Umat Islam akan menyambut hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW pada setiap tahun. Walaupun ada yang kata tak payah sambut (bidaah) tapi ramai juga yang mempertahankan sambutan hari kelahiran baginda SAW ini.
Berikut dikongsikan hukum menyambut Maulid Nabi seperti dikongsikan dari Portal K-Masjid. Peringatan Maulid Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam yang dirayakan dengan membaca sebahagian ayat-ayat al-Qur’an dan menyebutkan sebagian sifat-sifat nabi SAW yang mulia, ini adalah perkara yang penuh dengan berkah dan kebaikan kebaikan yang agung. Tentunya perayaan tersebut terhindar dari bid`ah-bid`ah sayyi-ah yang dicela oleh syara’.
Perayaan Maulid Nabi
Sebagaimana dijelaskan di atas, perayaan Maulid Nabi mulai dilakukan pada permulaan abad ke 7 Hijrah. Ini bererti perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, para sahabat dan generasi Salaf.
Namun demikian, ini tidak bererti hukum perayaan Maulid Nabi dilarang atau sesuatu yang haram. Kerana segala sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya belum tentu bertentangan dengan ajaran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sendiri.
Para ulama’ menyatakan bahawa perayaan Maulid Nabi adalah sebahagian daripada bid`ah hasanah (yang baik). Ertinya bahawa perayaan Maulid Nabi ini merupakan perkara baru tetapi ia selari dengan al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi dan sama sekali tidak bertentangan dengan keduanya.
Sumber rujukan : Pondok Habib
Perbanyakkan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul ini, marilah kita semua menyambutnya dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas. Mari kita berazam sungguh-sungguh untuk mengamalkan sunnah-sunnah baginda SAW sedaya yang mungkin. Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda SAW, bukan hanya pada hari maulid saja, tetapi juga setiap masa dan ketika insyaAllah.
Salam Maulidur Rasul 2024/ 1446H. Perbanyakkan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.