Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Pendudukan Jepun

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Pendudukan Jepun. Anda bakal menghadapi peperiksaan PT3 tahun ini? Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 bertajuk Pendudukan Jepun. Untuk pelajar PT3 Tingkatan 3, selamat mengulangkaji pelajaran untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 1

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Pendudukan Jepun

Berikut adalah Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Pendudukan Jepun.

Pendudukan Jepun Di Negara Kita

Pemerintahan Tentera Jepun Di Tanah Melayu

  • Memerintah selama 3 ½ tahun (1942 hingga 1945)
  • Pemerintahan bercorak tentera

Kedatangan Jepun

  • Jepun diperintah oleh Maharaja Mikado Meiji (1868-1912)
  • Melancarkan Pemulihan Meiji
  • Menekankan pemodenan Jepun dan perindustrian
  • Mencontohi negara Barat
  • Jepun meluaskan kuasa di China bertujuan memasarkan hasil industri
  • Dianggap kuasa besar setelah berjaya dalam Perang Rusia-Jepun 1905
  • Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun

Faktor Perluasan Kuasa Jepun

a) Faktor Masalah Ekonomi Jepun

  • Penduduk Jepun bertambah menyebabkan tanah pertanian kurang
  • Jepun perlukan bahan mentah untuk industri seperti petroleum, bijih timah dan getah
  • Jepun perlukan kawasan baru untuk pasaran hasil industri

b) Faktor Sekatan Ekonomi

  • Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kerana Jepun menguasai China
  • China dikuasai Jepun melalui Perang China-Jepun Kedua 1937
  • Jepun bertindak balas menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan diri
  • Serangan diketuai Jeneral Tojo
  • Tahun 1936 Jepun dikuasai oleh pemerintahan tentera
  • Tahun 1941 Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun
  • Beliau berjaya mengusir semua kuasa Barat di Asia Tenggara

Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah Melayu

a) Melalui Propaganda

  • Digunakan untuk pengaruhi penduduk tempatan melalui slogan “Asia Untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia”
  • Slogan berunsur anti-penjajah Barat
  • Banyak menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara di Timur
  • Propaganda disiarkan melalui akhbar Jepun The Syonan Times & Fajar Asia

b) Rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”

  • Strategi yang sangat berkesan
  • Penduduk tempatan tidak menganggap Jepun sebagai penjajah baru menggantikan British

Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu

a) Melalui Kawasan Utara di Thailand

  • Tentera Jepun mendarat serentak di Singgora dan Pattani, Thailand pada 8 Disember 1941
  • Tentera terus mara ke Jitra, keputusan peperiksaan
  • Tentera berpecah dua
  • Satu pasukan ke Pulau Pinang dan terus mara ke selatan melalui pesisiran pantai barat
  • Satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat

b) Melalui Kawasan Kota Bharu

Tentera Jepun mendarat pada 8 Disember 1941
Tentera mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur

c) Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah

Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16 Disember 1941
Berpecah kepada dua pasukan
Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu
Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan
Kemudian mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri terutama di bandar-bandar besar
Tiada tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah

Cara Kemaraan Tentera Jepun

a) Menggunakan Kapal Terbang Perang

Digunakan tentera Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu
Kapal ini sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun

b) Menggunakan Kereta Kebal Penggempur

Berjaya memaksa tentera British berundur
Jepun menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan

c) Menggunakan Bot

Bot digunakan untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai

d) Menggunakan Basikal

Tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British
Basikal mudah untuk melalui jalan sempit

Kesan Kemaraan Jepun di Tanah Melayu

a) Jepun Menguasai Tanah Melayu

Tentera Jepun berjaya kuasai Tanah Melayu dalam masa 10 minggu
Pada 15 Februari 1942 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun
Leftenan Jeneral A.E.Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki (dikenali “Harimau Malaya”) di Singapura
Jepun gunakan strategi peperangan yang baik terutama kegiatan perisikan Jepun yang berkesan

b) Banyak Berlaku Kemusnahan

Kemusnahan berlaku pada infrastruktur, ekonomi dan bangunan
British gunakan taktik “bumi hangus”
British memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan perlombongan
Tujuannya untuk melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi
Contoh kemusnahan ialah Jambatan Guillemard di Kuala Krai, Kelantan dan Bangunan Muzium Selangor
Di Sarawak, British membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan

c) Jepun Gagal Menguasai Bahan Mentah Tanah Melayu

Tindakan British berjaya menggagalkan usaha Jepun untuk menguasai bahan mentah negara

d) Kelemahan Tentera British di Tanah Melayu

Tentera British yang terdiri daripada askar-askar India-Gurkha, Australia dan British tidak mampu menyekat kemaraan tentera Jepun
Tentera British tidak berhasrat untuk mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh kecuali Singapura
British tumpukan perhatian untuk pertahankan negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah
Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu

Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di Tanah Melayu

a) Perancangan Awal Perang

Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk Tanah Melayu
Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan

b) Kelengkapan Perang Tentera Jepun

Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti “Zero Fighter”
Jepun menggunakan kereta kebal yangsesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu

c) Semangat Tentera Jepun

Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka
Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun
Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun

d) Taktik Serangan Jepun

Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941
Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura

e) Kelemahan Tentera British

Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah
Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang
Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British
Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura

f) Pakatan Jepun dan Thailand

Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand
Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand

g) Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu
KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu
KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun

Dasar Pemerintahan Jepun Di Tanah Melayu

a) Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu

Pemerintahan bercorak tentera di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru)
Singapura dikenali sebagai Syonan (Cahaya Selatan)
Pentadbiran Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu
Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu terbahagi dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah :
Pentadbiran Pusat
Jepun gabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera di bawah pentadbiran pusat
Diketuai Pengarah Agung berpusat di Singapura
Dibantu oleh Mahkamah, Biro Pentadbiran dan Majlis Pusat
Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan di bawah pentadbiran Borneo Utara
Diketuai oleh Gabenor Jeneral di Kuching
Pentadbiran Wilayah
Di bawah pentadbiran pusat yang terdiri daripada negeri-negeri
Setiap wilayah diketuai Gabenor Wilayah
Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberikan kepada Thailand sebagai menghargai kerjasama
Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah (Kuching, Sibu & Miri)
Sabah kepada dua wilayah (Jesselton & Sandakan)
Setiap wilayah diketuai seorang Gabenor Wilayah
Diperingkat daerah pentadbiran sama dengan pentadbiran British
Mempunyai Residen, Pegawai Daerah (15 buah daerah) & Ketua Tempatan

b) Dasar Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu

Jepun perkenalkan pelbagai dasar
Dasar Jepun sering berubah mengikut kepentingan
Kebajikan penduduk tidak dijaga
Penduduk tiada hak bersuara
Setiap dasar Jepun mempunyai muslihat tertentu
Apabila Jepun sedar akan kalah dalam Perang Dunia II barulah Jepun membuat dasar yang memberi kebaikan kepada penduduk
Tujuan untuk mendapat sokongan penduduk tempatan supaya tidak kembali menyokong British
Dasar pemerintahan boleh dilihat dalam aspek politik, ekonomi & sosial :
Politik
Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri
Sultan hanya menjadi ketua agama Islam & adat istiadat Melayu sahaja
Sultan diberi elaun seperti semasa pemerintahan British
Tanah Melayu dijadikan tanah jajahan Jepun
Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah
Ekonomi
Ekonomi Tanah Melayu dieksploit untuk kegiatan perindustrian & membiayai peperangan
Mata wang Jepun diperkenalkan
Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digalakkan
Catuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian
Layanan istimewa diberikan kepada kaisha (Syarikat Jepun)
Sosial
Sekolah Inggeris & Cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh Barat & China
Kesetiaan penduduk Tanah Melayu ditumpukan kepada Maharaja Jepun
Lagu Kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah
Bahasa Jepun atau Nippon-go menjadi bahasa pengantar di sekolah
Satu ruangan khas belajar bahasa Jepun dimuatkan dalam akhbar Fajar Asia
Rakyat diwajibkan belajar bahasa Jepun
Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkan
Orang Melayu dilayan lebih baik untuk mendapatkan sokongan pemerintahan
Orang Cina dilayan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China-Jepun
Orang India dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India

Contoh Dasar Penjepunan

Stesen Kereta Api Tanjong Pagar diberi nama baru iaitu Stesen Kereta Api Syonan
Persatuan Perdagangan perlu menggunakan bahasa Jepun iaitu Shonan Shokai
Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar
Murid sekolah dan kakitangan kerajaan dipaksa menyanyikan lagu kebangsaan Jepun Kimigayo

Reaksi Penduduk

a) Reaksi Orang Melayu

Reaksi Peringkat Awal
Sebahagian besar tidak menentang
Mereka mengalu-alukan kedatangan Jepun
Terpengaruh dengan slogan Jepun “Asia Untuk Orang Asia” dan rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
Orang Melayu diberi layanan baik oleh tentera Jepun
KMM pimpinan Ibrahim Haji Yaacob mengadakan pakatan sulit dengan Jepun
Tujuan supaya Tanah Melayu mendapat kemerdekaan
Reaksi Selepas Jepun Menguasai Tanah Melayu
Sokongan orang Melayu tidak kekal lama
Jepun memerintah secara tentera
Dasar pemerintahan Jepun menyusahkan rakyat
Slogan Jepun hanya muslihat untuk menguasai Tanah Melayu
Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti dijanjikan
Status Tanah Melayu berubah menjadi tanah jajahan
Negeri-Negeri Melayu Utara diserahkan kepada Thailand sebagai balasan kerjasama
Di peringkat awal Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu
KMM dibubarkan oleh Jepun
Tentera Jepun mula kejam terhadap sesiapa sahaja yang dianggap pesalah

b) Reaksi Orang Cina

Banyak dipengaruhi Perang China-Jepun 1937
Terlibat dengan gerakan anti-Jepun
Mereka memulaukan barangan Jepun & memungut derma untuk membantu Negara China
Pemuda Cina ramai yang balik ke China menyertai perang menentang Jepun
Kesannya apabila Jepun menguasai Tanah Melayu orang Cina dilayan kasar dan dibunuh tentera Jepun
Ada juga orang Cina menyokong Jepun untuk menjaga kepentingan perniagaan juga keselamatan nyawa mereka

c) Reaksi Orang India

Mendapat layanan baik daripada Jepun
Tujuan Jepun untuk mendapat kerjasama orang India mengusir British di India
Orang India diseru bersatu padu untuk tujuan tersebut
Jepun berjaya mempengaruhi orang India dalam tentera British supaya berpaling tadah & bekerjasama dengan Jepun
Sebahagian besar orang India menyertai Tentera Kebangsaan India & menubuhkan Liga Kemerdekaan India hasil dorongan Jepun

Reaksi Penduduk Terhadap Dasar Kejam Jepun di Tanah Melayu

Muncul gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu, Sabah & Sarawak
Bergerak secara gerila untuk menentang Jepun
Mendapat kerjasama daripada tentera Bersekutu khususnya British

Gerakan Anti-Jepun di Tanah Melayu

i. Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA)

Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
Bekerjasama dengan British untuk mendapat bantuan kewangan, latihan ketenteraan & senjata
Menggunakan taktik perang gerila

ii. Force 136

Ditubuhkan tentera Bersekutu di Pahang, Johor & Kedah untuk menentang Jepun di Tanah Melayu
Anggotanya mendapat latihan daripada tentera Bersekutu di Sri Lanka
Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu

iii. Askar Melayu Setia (AMS)

Melancarkan perang gerila
Bekerjasama & mendapat bantuan daripada Force 136

iv. Pasukan Wataniah Pahang

Sultan Pahang (Sultan Abu Bakar) sebagai Pemerintah Kehormat
Diketuai oleh Yeop Mahidin
Berhubungan baik dengan pasukan Force 136

v. Gerila Kinabalu

Pimpinan Albert Kwok
Melancarkan pemberontakan Double Tenth tetapi gagal

vi. Pasukan Gerila Datu Mustapha

Menjalankan penentangan di Kudat

vii. Pasukan Gerila di Sandakan

Menjalankan penentangan di Sandakan

viii. Penentangan di Pesisir Pantai Sarawak

Menjalankan gerakan membantu tentera Bersekutu mengusir tentera Jepun

Jepun di Ambang Kekalahan

Tahun 1945 tentera Bersekutu mendesak Jepun menyerah diri
Jepun enggan
Pada 9 Ogos 1945 tentera Bersekutu menggugurkan bom atom di di Hiroshima, Nagasaki
15 Ogos 1945 Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat
Jeneral Seishiro Itagaki iaitu ketua tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah diri kepada tentera Bersekutu di Majlis Perbandaran Singapura
Tentera Bersekutu diwakili Laksamana Louis Mountbatten
Pada 10 September 1945 pemerintah tertinggi tentera Jepun ke-37 di wilayah Borneo Masao Baba menyerah kalah di Surender Point, Labuan

Kesan Pemerintahan Tentera Jepun Di Tanah Melayu

Kesan Politik

1. Berjaya Mempengaruhi Penduduk Tempatan

Kejayaan Jepun dalam Perang Dunia II menewaskan kuasa barat memberi keyakinan kepada orang Asia untuk membebaskan negara daripada penjajah
Menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu, Sabah & Sarawak
Slogan Jepun “Asia Untuk Orang Asia” berjaya mempengaruhi pemikiran penduduk tempatan untuk menolak penjajah Barat

2. Orang Melayu Terlibat Dalam Pentadbiran Awam

Jepun menubuhkan Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan) di Singapura, Pulau Pinang & Melaka
Tujuan melatih pegawai awam
Jepun melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran. Contohnya :
Orang tempatan diberi peluang menjadi Pegawai Daerah iaitu Abang Haji Openg (Kuching) & Kapten Mohd Salleh Haji Sulaiman (Hulu Perak)
Ibrahim Haji Yaacob dilantik sebagai Leftenan Kolonel PETA (Pembela Tanah Air) iaitu pertubuhan separa tentera & diberi latihan oleh Jepun untuk menentang tentera Bersekutu
Dr. Burhanuddin al-Helmy dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan & Adat Istiadat Melayu
Dato’ Onn Jaafar dilantik menjadi Pengawal Makanan Negeri Johor & juga ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
Peluang menjawat jawatan tinggi tidak pernah diberi semasa pentadbiran British

3. Jepun Tidak Menepati Janji

Dasar Jepun untuk membela negara-negara Asia tidak dilaksanakan
Di Tanah Melayu kegiatan politik diawasi Jepun
Kebebasan bersuara disekat
Akhbar-akhbar yang mencurigakan diharamkan oleh Jepun
Hanya pertubuhan Pro-Jepun sahaja dibenarkan aktif
KMM yang banyak membantu Jepun juga diharamkan pada tahun 1942
Pertubuhan politik dibenarkan bergiat semula apabila Jepun menerima tekanan tentera Bersekutu
Segala dasar Jepun mula longgar. Contohnya :
Tanah Melayu dijanjikan akan merdeka bersama Indonesia
Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan bertujuan mendapatkan kemerdekaan bersama Indonesia
Kesan konsep Melayu Raya yang diperjuangkan KMM semakin kukuh

4. Kebangkitan Semangat Kebangsaan

Semangat kebangsaan semakin bersemarak
Semangat kebangsaan rakyat berbeza mengikut kaum & berpaksi kepada Negara asal. Contohnya :
Semangat kemerdekaan orang India untuk memerdekakan Negara India
Semangat kebangsaan orang Cina lebih bersifat anti-Jepun
Kesan daripada itu :
Parti Komunis Malaya (PKM) semakin berpengaruh apabila mendapat bantuan daripada pasukan Force 136
PKM menubuhkan MPAJA dikenali dengan nama “Bintang Tiga” melambangkan tiga kaum utama tetapi sebahagian besar anggotanya kaum Cina

Kesan Ekonomi

1. Rancangan Ekonomi Jepun gagal

Rancangan mewujudkan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” gagal kerana Jepun lebih tumpukan kepada peperangan
Kesan daripada itu :
Ekonomi Tanah Melayu merosot
Gaji pegawai kerajaan dikurangkan
Kadar pengangguran meningkat
Perdagangan antarabangsa terhenti kerana sekatan ekonomi kuasa Bersekutu
Kesan daripada itu :
Hasil bijih timah & getah tidak dapat dieksport ke Barat
Beras tidak dapat diimport dari Thailand & Burma
Kawalan kawasan perairan oleh kapal selam Bersekutu menyebabkan bahan mentah tidak dapat dihantar ke Jepun

2. Ekonomi Hanya Menguntungkan Jepun

Dasar ekonomi Jepun tidak menguntungkan penduduk
Amalan rasuah, menyorok barang & pasaran gelap berlaku di merata tempat
Mata wang Jepun dikenali sebagai “wang pokok pisang” dicetak tanpa kawalan & nilainya rendah
Kesannya berlaku inflasi kerana terlalu banyak wang tetapi barang kurang

3. Penduduk Sengsara dan Menderita

Bekalan barang keperluan harian seperti makanan, pakaian & ubat sukar diperoleh jika adapun harganya melambung tinggi

4. Catuan Bekalan Makanan

Bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan
Kad catuan diberikan bagi memastikan tiada keluarga mendapat bekalan lebih daripada yang ditetapkan
Contohnya setiap keluarga dibenarkan memiliki dua gantang beras untuk sebulan
Kesan daripada itu :
Kadar ini tidak mencukupi bagi sebuah keluarga besar
Ubi kayu dan keledek menjadi makanan utama menggantikan nasi
Ramai penduduk Bandar berpindah ke luar Bandar untuk mencari kehidupan lebih baik

5. Banyak Ciptaan Baru Muncul

Keperitan hidup menjadikan penduduk tempatan lebih kreatif
Banyak ciptaan baru muncul berasaskan bahan tempatan. Contohnya :
Kasut getah daripada getah keping dihasilkan
Kain daripada benang nanas dihasilkan

6. Perkembangan Perusahaan Tradisional & Industri Baru

Perusahaan tradisional digiatkan semula seperti menghasilkan minyak kelapa, gula kelapa & rokok daun
Ubat-ubatan menjadi semakin penting
Muncul banyak industri baru berasaskan sumber tempatan yang diusahakan syarikat Jepun. Contohnya :
Lori & kereta berkuasa wap menggunakan arang batu
Bahan api daripada susu getah
Tayar tanpa tiup daripada getah padat
Tali kapal daripada sabut kelapa
Kelambu & kain daripada benang daun nanas
Kertas daripada buluh, daun getah & lalang
Peralatan berasaskan kulit haiwan & logam
Industri yang tidak ekonomik & kekurangan bahan mentah semakin pupus

Kesan Sosial

1. Penduduk Sengsara dan Takut

Penduduk dikenakan perintah berkurung & sekatan perjalanan
Penduduk saling mencurigai satu sama lain kerana bimbang dianggap anti-Jepun
Ramai menjadi tali barut Jepun
Ramai menjadi mangsa kekejaman Jepun
Kempeitai sentiasa mengintip sesiapa sahaja yang dianggap bersalah
Prinsip kempeitai adalah “seksa dulu kemudian siasat”
Hukuman dera & hukuman mati dikenakan di khalayak ramai

2. Penduduk Menjadi Buruh Paksa

Sebagai buruh paksa penduduk tidak diberi gaji
Mereka hanya diberi makanan sekadar untuk hidup
Ramai penduduk Tanah Melayu menjadi buruh paksa membina “Jalan Kereta Api Maut” di sempadan Thailand-Burma sepanjang 724 km
Seramai 70 ribu penduduk terlibat & satu pertiga daripadanya terkorban
Surat tunjuk sebab dikeluarkan oleh tentera Jepun kepada sesiapa yang tidak hadir bekerja

3. Tiada Kemudahan Kesihatan

Kemudahan kesihatan terjejas teruk kerana peperangan
Wabak penyakit merebak terutama penyakit beri-beri disebabkan kekurangan zat makanan
Bekalan ubat sukar diperoleh kerana tidak dapat diimport
Keadaan semakin teruk apabila tentera Jepun merampas ubat-ubatan di pasaran untuk kegunaan mereka sendiri

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Pendudukan Jepun yang dikongsikan ini bermanfaat buat pelajar. Moga pelajar dapat memahami bagaimana terjadinya Pendudukan Jepun Di Negara Kita.