Pengambilan Pegawai Kadet Graduan ATM 2017

Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM. Bilakah tarikh Pengambilan Pegawai Kadet Graduan ATM? Dikongsikan dari Portal Rasmi Markas Angkatan Tentera Malaysia (MAFHQ), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia Lelaki dan Wanita serta berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Oktober 2016.

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan ATM 2017
Pengambilan Pegawai Kadet Graduan ATM

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan ATM 2017

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi Pegawai Kadet Graduan ATM, permohonan hendaklah dibuat secara online mengikut tarikh buka dan tutup yang telah ditetapkan. Calon yang berjaya dan terpilih dalam permohonan akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan. Mereka yang berjaya perlu menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).

Cara Buat Permohonan

Pemohon hendaklah membuat permohonan melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2017 di laman sesawang Portal MK ATM di Pengumuman atau JOM MASUK TENTERA

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Oktober 2016

Syarat Perlantikan

Berikut adalah syarat-syarat perlantikan Pegawai Kadet Graduan :-

  • Jantina : Lelaki dan Wanita
  • Umur : Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2016

Fizikal

  1. Tinggi Minimum : TDM : 1.70m (Lelaki) & 1.62m (Wanita),
  2. TLDM : 1.62m (Lelaki) & 1.57m (Wanita) dan TUDM : 1.62m (Lelaki) & 1.57m (Wanita)
  3. Berat Minimum : 47.5 kg (Lelaki) & 45kg (Wanita)
  4. Beza Ukuran Dada Penafasan : 5cm (Lelaki) dan 4cm (Wanita)
  5. Body Mass Index (BMI) : 18.0 hingga 23.0

Taraf Kesihatan : Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM dengan tahap Penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lengkap. 

Kelayakan Akademik

Kelulusan Asas

Lulus SPM/SVM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahsa Inggeris dan Matematik

Kelulusan Pengajian Tinggi

Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 keatas dalam jurusan yang diperlukan dan disertakan dalam iklan permohonan di bawah ini.

Iklan Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM

Berikut adalah iklan lengkap permohonan yang mengandungi maklumat berkaitan syarat perlantikan, kelayakan akademik, gaji/ elaun, tarikh tutup permohonan dan sebagainya.

iklan Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM
Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2017

Cara Hubungi

  • Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 0111-8944380/ 03-2694 3933/ 03-2698 7615/ 03-2694 0437/ 03-2071 4524/26

Semakan Keputusan Permohonan

Semakan boleh dibuat secara online di laman sesawang www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA bermula dari 24 Oktober 2016.

Selamat membuat permohonan pengambilan Pegawai Kadet Graduan ATM 2017 Online buat graduan yang berminat dan berkelayakan. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti. Sumber MAFHQ