Semakan Keputusan Politeknik Online

Semakan Keputusan Permohonan Politeknik Online. Berikut disertakan panduan cara membuat Semakan Keputusan Politeknik Online melalui Portal Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar. Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran ke Politeknik Premier, Konvensional dan Metro di seluruh Malaysia.

Antara kursus yang ditawarkan di Politeknik adalah Skil Kemahiran, Pra Diploma, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Semakan Keputusan Politeknik Online
Semakan Keputusan Politeknik Online

Cara Buat Semakan Keputusan Politeknik Online

Semakan keputusan ke Politeknik yang dikongsikan ini adalah untuk Program Diploma/ Diploma Lanjutan/ Pra Diploma Sepenuh Masa Politeknik Sesi Jun/ Disember 2017 yang mengandungi tarikh penting seperti berikut:-

Applikasi Semakan

  • Klik Portal Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik

Semakan Keputusan Politeknik Sesi Jun 2017

Keputusan permohonan boleh disemak pada 15 Mei 2017 (Hari Isnin) bermula jam 1230 tengahari di http://upu.mohe.gov.my

Nota

  1. Keputusan penempatan dan cetakan surat tawaran boleh dibuat di http://www.politeknik.edu.my mulai 20 Mei 2017
  2. Calon yang mengemukakan permohonan menerusi Portal Pengambilan Pelajar Politeknik (http://www.politeknik.edu.my): Semakan keputusan dan cetakan surat tawaran boleh dibuat di http://www.politeknik.edu.my mulai 20 Mei 2017.

Tarikh Penting Permohonan Politeknik Premier/ Konvensional Sesi 2017/ 2018

Diploma Sepenuh Masa (Lepasan SPM 2016, 2015 & 2014)

  • Hebahan Keputusan Permohonan di UPU (UA/Politeknik Premier/ Politeknik Konvensional/ Metro) : Semak di Laman Web UPU pada 15 Mei 2017
  • Keputusan Penempatan dan Cetakan Surat Tawaran Politeknik di http://www.politeknik.edu.my pada 20 Mei 2017 (Sabtu)
  • Tarikh pendaftaran Pelajar Ke Politeknik : 5 Jun 2017 (Isnin)

Diploma Sepenuh Masa (Lepasan SPM 2013 ke bawah & Selain SPM), Pra Diploma & Sijil Kemahiran Khas

  • Keputusan Permohonan dan Cetakan Surat Tawaran boleh dibuat pada 20 Mei 2017 di Portal Pengambilan Pelajar Politeknik

Cara Hubungi Politeknik

Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pendidikan Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
Telefon: 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9263/ 9340
Faks : 03-8891 9323

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Politeknik untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.