Skema Jawapan Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia

Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia. Berikut dikongsikan contoh soalan dan skema jawapan sejarah Kertas 3 Tingkatan 5 Bab 6 yang bertajuk Skema Jawapan Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia.

Skema Jawapan Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia
Skema Jawapan Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia

Skema Jawapan Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia

Tema/ Tajuk : 11.1 Bab 6 Tingkatan 5 (Merujuk tema 11.1 Huraian Sukatan Pelajaran dan dan buku teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 6)

Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :-

  1. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain.
  2. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
  3. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.

Soalan :

Pembentukan Malaysia menjadi asas kewujudan negara yang aman dan merdeka. Jelaskan proses pembentukan negara bangsa Malaysia pada hari ini.

Peringatan ; Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.

Format Aspek Perincian Markah penuh
 Pengenalan Memahami latar belakang pembentukan Malaysia  1.  Pengenalan

Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembentukan Malaysia.

5 markah
 Isi dan Huraian Memahami proses pembentukan Malaysia  2. Memahami proses pembentukan Malaysia.

a)  Jelaskan cadangan-cadangan awal pembentukan Malaysia. (10 M)

b)  Jelaskan faktor-faktor pembentukan Malaysia.(20 M)

30 markah
Menganalisis
kesan
pembentukan
Malaysia.
3. Kesan pembentukan Malaysia terhadap ekonomi, politik, dan sosial.
Jelaskan kesan pembentukan Malaysia
terhadap ekonomi, politik, dan sosial
15
markah
Mengaplikasikan
pembentukan
Malaysia kepada
generasi masa
depan.
4. Kepentingan pembentukan Malaysia kepada masa depan generasi hari ini.
Mengapakah anda patut berbangga
menjadi warganegara Malaysia?
15
markah
Menilai kejayaan
pembentukan
Malaysia.
5. Kejayaan Malaysia pada hari ini.
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah pembentukan Malaysia menjadi asas kepada kemakmuran Malaysia pada hari ini.
10
markah
Mencipta/ menjana
idea dalam
menghadapi
cabaran pada
abad ke-21
6. Cabaran Malaysia menuju abad ke-21.
a) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh
Malaysia pada abad ke-21 ini. (5 M)
b) Nyatakan langkah-langkah untuk
mengatasi cabaran tersebut. (5 M)
10
markah
Menghayati nilai-nilai
murni/
ikhtibar/
patriotisme
daripada
pembentukan
Malaysia.
7. Penerapan nilai-nilai murni/ ikhtibar/patriotisme daripada pembentukan Malaysia.
Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/
patriotisme yang diperolehi daripada pembentukan Malaysia.
10
markah
 Kesimpulan Merumus secara
keseluruhan isi
yang telah
dibincangkan
 8. Rumusan
Pengetahuan yang diperolehi
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
Harapan untuk masa depan ekonomi
Malaysia yang lebih cemerlang
 5
markah
SEE ALSO  Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2017 Online

Peraturan pemarkahan Tingkatan 5 Bab 6

Soalan : Pembentukan Malaysia menjadi asas kewujudan negara yang aman dan merdeka. Jelaskan proses pembentukan negara bangsa Malaysia pada hari ini.

Soalan Isi dan Huraian Markah

1 Latar belakang Pembentukan Malaysia ( 8x1m=Maksimum 5) : 5 Markah

  1. F1 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
  2. F2 Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
  3. F3 Negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu
  4. F4 Singapura di luar Persekutuan Tanah Melayu
  5. F5 Sarawak dan Sabah Tanah Jajahan Mahkota
  6. F6 Ura-ura pembentukan Malaysia
  7. F7 Reaksi pembentukan Malaysia
  8. F8 Cabaran pembentukan Malaysia

2 Memahami proses pembentukan Malaysia (30 Markah)

a) Cadangan awal Pembentukan Malaysia. (14x1m=Maksimum 10) : 10 Markah

  1. F1 1887 cadangan Lord Brassey gabungkan NNM, NNS, Sabah dan Sarawak.
  2. F2 1948 cadangan Sir Malcolm MacDonald gabungkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu.
  3. F3 1956 Dato’ Onn Jaafar mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu dinamai Malaysia.
  4. F4 Menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.
  5. F5 1955 Lim Yew Hock dan David Marshall mencadangkan supaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
  6. F6 1959 Lee Kuan Yew mencadangkan Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.
  7. F7 Tunku Abd Rahman tidak bersetuju.
  8. F8 Kerana berlaku ketidakseimbangan penduduk.
  9. F9 27 Mei 1961 Tunku Abd Rahman bersetuju dengan Gagasan Malaysia.
  10. F10 Pembentukan Malaysia dapat menjamin kedudukan politik yang lebih kukuh.
  11. F11 Disegani di rantau ini.
  12. F12 Kerjasama dalam bidang ekonomi.
  13. F13 Kerjasama dalam bidang sosial.
  14. F14 Perlukan kerjasama antara British dan rakyat tempatan.

b) Jelaskan faktor-faktor pembentukan Malaysia. (20 Markah)

Faktor politik (43x1m=Maksimum 20)

  1. F1 Lee Kuan Yew berminat untuk bergabung dengan Malaysia.
  2. F2 Perkembangan pengaruh Barisan Sosialis memenangi pilihanraya Hong Lim April 1961.
  3. F3 Kebangkitan Barisan Sosialis melemahkan Parti Tindakan Rakyat pimpinan Lee Kuan Yew.
  4. F4 Perkembangan ini membimbangkan kerajaan British.
  5. F5 Perkembangan ini menggugat rancangan Kerajaan British.
  6. F6 British mahu memberikan kemerdekaan kepada Singapura.
  7. F7 Lee Kuan Yew menganggap Barisan Sosialis sebagai gerakan berhaluan kiri.
  8. F8 Ancaman komunis membawa kepada pembentukan Malaysia.
  9. F9 Lee Kuan Yew menggunakan alasan ini mendesak British menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
  10. F10 Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman membanteras Parti Komunis Malaya
  11. F11 Ancaman komunis wujud di Sarawak.
  12. F12 Diperjuangkan oleh Clandestine Communist Organization (CCO).
  13. F13 CCO bermatlamat menjadikan Sarawak negara komunis.
  14. F14 masalah ini mendorong Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea pembentukan Malaysia.
  15. F15 Penyertaan Singapura, Sarawak, Sabah menjadi benteng menghadapi ancaman komunis.
  16. F16 Pembentukan Malaysia akan mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei.
  17. F17 Sarawak, Sabah, Brunai belum berkerajaan sendiri.
  18. F18 Penyertaan negeri-negeri ini menjamin kemerdekaan lebih awal.
  19. F19 Mereka dapat menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik.
  20. F20 Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negara-negara kecil.
  21. F21 1960 Perhimpunan Agung PBB menimbulkan usul kemerdekaan tanah jajahan.
  22. F22 Pembentukan Malaysia memberikan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
  23. F23 Pembentukan Malaysia dapat menghalang pengaruh komunis di Singapura.
  24. F24 Pembentukan Malaysia menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah-wilayah Borneo.
  25. F25 British mengambil langkah ke arah memastikan kepentingan mereka terus terkawal
  26. F26 Terutamanya pangkalannya di Singapura.
SEE ALSO  Skema Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Faktor ekonomi

  1. F27 Mewujudkan satu pasaran yang lebih luas
  2. F28 Menggalakkan pelaburan.
  3. F29 Menggalakkan perkembangan industri pertanian.
  4. F30 Kerjasama serantau dalam ekonomi
  5. F31 Dapat memanfaatkan keistimewaan negeri-negeri ini.
  6. F32 Dapat memanfaatkan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini.
  7. F33 Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah seperti getah dan bijih timah.
  8. F34 Sarawak dan Sabah kaya dengan sumber balak.
  9. F35 Brunei kaya dengan sumber minyak.

Faktor sosial

  1. F36 Mengimbangkan jumlah kaum dalam kalangan negeri anggota.
  2. F37 Mengimbangkan kadar pertumbuhan kaum dalam kalangan negeri anggota.
  3. F38 Bertujuan untuk menyegerakan kemerdekaan negeri-negeri anggota.
  4. F39 Memajukan negeri-negeri yang belum membangun seperti Sarawak dan Sabah.
  5. F40 Selari dengan dasar dekolonisasi British.
  6. F41 Memperlihatkan kesepakatan antara Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
  7. F42 Memperlihatkan semangat setiakawan antara Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
  8. F43 Memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama.

3. Kesan pembentukan Malaysia (15 Markah)

Politik (23x1m=Maksimum 15)

  1. F1 Menghalang kejayaan Barisan Sosialis di Singapura
  2. F2 Menjamin kestabilan politik Singapura
  3. F3 Membantu Singapura merdeka
  4. F4 Mengekalkan kuasa politik Lee Kuan Yew
  5. F5 Melemahkan Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu
  6. F6 Melemahkan Clandestine Communist Organization (CCO) di Sarawak
  7. F7 Menghalang pengaruh komunis di Singapura, Sarawak dan Tanah Melayu
  8. F8 Mempercepatkan kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura
  9. F9 Membantu menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik
  10. F10 Menerima usul Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memerdekakan tanah jajahan
  11. F11 Menjamin kestabilan politik Asia Tenggara
  12. F12 Kepentingan ekonomi British terjamin

Ekonomi

  1. F13 Kewujudan pasaran
  2. F14 Menggalakkan pelaburan
  3. F15 Perkembangan industri pertanian
  4. F16 Kewujudan kerjasama serantau dalam ekonomi
  5. F17 Memanfaatkan keistimewaan sumber di negeri-negeri gabungan
SEE ALSO  Semakan Keputusan UPKK 2016 Online

Sosial

  1. F18 Menjamin keharmonian negara
  2. F19 Mengimbangi jumlah kaum
  3. F20 Menyegerakan pencapaian kemerdekaan
  4. F21 Memajukan negeri-negeri gabungan
  5. F22 Menunjukkan kesepakatan
  6. F23 Menunjukkan semangat setia kawan

4. Sebab berbangga menjadi warganegara Malaysia (17x1m=Maksimum 15 Markah)

  1. F1 Perpaduan rakyat
  2. F2 Kestabilan politik
  3. F3 Kemakmuran ekonomi
  4. F4 Kemajuan komunikasi
  5. F5 Kemajuan sistem perhubungan
  6. F6 Hub Halal
  7. F7 Kemajuan sektor pelancongan
  8. F8 Keamanan negara
  9. F9 Kehidupan harmoni
  10. F10 Menaikkan taraf hidup
  11. F11 Pendidikan percuma
  12. F12 Tahap pendidikan tinggi
  13. F13 Pemimpin berwibawa
  14. F14 Kepelbagaian budaya
  15. F15 Kemajuan bidang sukan
  16. F16 Hubungan serantau
  17. F17 Hubungan antarabangsa [mana-mana jawapan yang munasabah]

5. Pembentukan Malaysia menjadi asas kepada kemakmuran negara (11x1m=Maksimum 10) : 10 Markah

  1. F1 Hubungan antarabangsa/diplomatik
  2. F2 Pembinaan koridor raya multimedia
  3. F3 Pakatan murni
  4. F4 Perpaduan kaum
  5. F5 Kerjasama kaum
  6. F6 Penyatuan wilayah
  7. F7 Perkembangan ekonomi
  8. F8 Pendidikan bertaraf dunia
  9. F9 Keselamatan serantau
  10. F10 Model negara Islam
  11. F11 Toleransi kaum [mana-mana jawapan yang munasabah]

6 Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia menuju pada abad ke-21 (10 Markah)

a) Cabaran (11x1m=Maksimum 5) : 5 Markah

  1. F1 Konfrantasi Indonesia
  2. F2 Peristiwa rusuhan kaum 1969
  3. F3 Perpaduan antara kaum
  4. F4 Pemisahan Singapura
  5. F5 Masalah inflasi
  6. F6 Pendatang tanpa izin
  7. F7 Perebutan Pulau Batu Putih
  8. F8 Pergolakan politik dalam negara
  9. F9 Persaingan minyak kelapa sawit dan minyak soya
  10. F10 Pencerobohan Pantai Timur Sabah
  11. F11 Kejatuhan nilai mata wang [mana-mana jawapan yang munasabah]

b) Langkah-langkah mengatasi cabaran (7x1m=Maksimum 5) : 5 Markah

  1. F1 Pendidikan kebangsaan
  2. F2 Kebudayaan kebangsaan
  3. F3 Pemantapan penggunaan Bahasa Melayu
  4. F4 Merapatkan jurang ekonomi antara kaum
  5. F5 Perpaduan kaum
  6. F6 Kerjasama politik
  7. F7 Kerjasama ekonomi [mana-mana jawapan yang munasabah]

7. Penerapan nilai-nilai murni/ ikhtibar/ patriotisme daripada pembentukan Malaysia (14x1m=Maksimum 5) : 5 Markah

  1. F1 Kerjasama
  2. F2 Perpaduan
  3. F3 Bertolak ansur
  4. F4 Berwawasan
  5. F5 Permuafakatan
  6. F6 Diplomasi
  7. F7 Kewibawaan tokoh
  8. F8 Kedaulatan negara
  9. F9 Prihatin
  10. F10 Berkongsi kemakmuran negara
  11. F11 Sedia menerima perubahan
  12. F12 Keterbukaan
  13. F13 Ketelusan
  14. F14 Sanggup menerima perubahan [ mana-mana yang munasabah ]

8 Rumusan (5 Markah)

  1. F1 Pengetahuan yang diperolehi
  2. F2 Ikhtibar kepada diri, bangsa dan negara
  3. F3 Harapan untuk masa depan ekonomi, sosial dan politik Malaysia yang lebih cemerlang

Selamat menjawab soalan peperiksaan Sejarah Kertas 3 SPM. Moga Skema Jawapan Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia ini bermanfaat buat semua. Semoga anda berjaya dengan cemerlang. Sumber

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*